Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Uganda berkas wartawan BBC miliki dadah preskripsi secara haram

-

Polis Uganda bertindak menahan sekumpulan wartawan BBC kerana disyaki memiliki dadah preskripsi secara haram.

Bagaimanap­un, jurucakap kerajaan Uganda berkata wartawan terbabit telah membantu mendedahka­n gejala rasuah di negara itu dan mendesak agar mereka segera dibebaskan.

Patrick Onyango, jurucakap polis Uganda pada Khamis berkata kelima-lima suspek telah ditahan semalaman.

Mereka termasuk dua rakyat Uganda dan seorang rakyat Kenya yang bertugas dengan badan penyiar Britain itu serta isteri seorang wartawan tempatan dari NBS Television yang bekerja bersama mereka, selain seorang pemandu.

Empat belas kotak berisi dadah itu telah dirampas bersama-sama vaksin lain.

Bagaimanap­un, jurucakap kerajaan Ofwono Opondo berkata wartawan terbabit telah bekerjasam­a dengan Unit Pemantauan Kesihatan Dewan Negara bagi menyiasat kegiatan mencuri serta menjual ubat-ubatan milik kerajaan Uganda ke negara jiran iaitu Sudan Selatan dan Republik Demokratik Congo.

“Saya belum mengetahui lojik mengapa polis menahan kesemua wartawan terbabit, yang pada pandangan saya telah membantu kerajaan membongkar perbuatan jijik yang berlaku dalam sistem berkenaan,” kata Opondo.

“Mereka perlu dibebaskan tanpa syarat.”

Sementara itu, BBC berkata ia telah berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai kes tersebut.

Opondo berkata polis telah memaklumka­n beliau bahawa wartawan terbabit “ingin memalukan kerajaan.”

Beliau berkata alasan itu yang telah digunakan untuk menahan mereka adalah “mengarut.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia