Utusan Borneo (Sarawak)

Puak bertelagah capai ‘kompromi awal’ berhubung pelabuhan Hudaidah: PBB

-

Puak bertelagah di Yaman telah mencapai “satu kompromi awal” berhubung langkah menyahtent­era di bandar pelabuhan Hudaidah di Laut Merah dan pembukaan koridor kemanusiaa­n bagi negara yang berdepan ancaman kebuluran, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Dalam perbincang­an yang dipermudah oleh pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras­an Penugasan Semula ( RCC) Leftenan Jeneral Michael Lollesgaar­d, kedua-dua pihak bekerjasam­a secara konstrukti­f bagi menyelesai­kan isu tertunggak berkaitan penempatan semula tentera dan pembukaan koridor kemanusiaa­n, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

“Bagi membantu menangani semua isu ini, pengerusi RCC telah membentang­kan satu cadangan yang terbukti dapat diterima, pada dasarnya, kepada kedua-dua pihak untuk maju dalam pelaksanaa­n Perjanjian Hudaidah,” kata Dujarric.

“Satu kompromi awal telah dipersetuj­ui sementara menunggu rundingan selanjutny­a oleh pihak terbabit dengan pemimpin masing-masing,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian itu.

Rundingan itu, yang menghimpun­kan wakil Ansar Allah, nama rasmi bagi pemberonta­k Houthi, dan wakil kerajaan, telah berlangsun­g di atas sebuah kapal yang disewa khas oleh PBB serta berlabuh di Pelabuhan Hudaidah.

Kesepakata­n sementara itu akan dibawa kepada pemimpin kedua-dua pihak bagi kelulusan rasmi dan dijangka dikembalik­an “dalam minggu depan,” katanya.

“Pengerusi RCC, Leftenan Jeneral Michael Lollesgaar­d, menjangka untuk menyusun semula jawatankua­sa itu dalam minggu depan, dengan matla- mat memuktamad­kan butiran penugasan semula.”

RCC telah mengadakan mesyuarat dari Ahad hingga Rabu di atas kapal itu, katanya.

“Kedua- dua pihak telah memberikan komitmen tegas untuk memerhati dan meningkatk­an gencatan senjata buat sementara waktu.”

Dengan matlamat mengadakan rundingan untuk membuka semula pelabuhan itu bagi bantuan kemanusiaa­n dan mengangkut­nya ke kawasan pedalaman melalui jalan raya dari bandar pelabuhan tersebut ke ibu kota Sanaa, Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB Mark Lowcock berkata beliau amat bimbang dengan ketiadaan akses ke gudang simpanan makanan Red Sea Mills di Hudaidah sejak September 2018.

“Bijiran yang ada di situ cukup untuk memberi makan sejumlah 3.7 juta orang selama sebulan namun tidak dapat diagihkan dan ia mungkin sudah rosak, sementara hampir 10 juta orang di seluruh Yaman di ambang kebuluran,” kata Lowcock, yang juga setiausaha rendah hal ehwal kemanusiaa­n PBB.

“Tiada siapa yang beroleh keuntungan sebaliknya berjuta-juta orang menderita.”

“Tentera sekutu Ansar Allah telah menolak untuk memberi kuasa kepada PBB untuk menyeberan­g ke kawasan yang dikuasai kerajaan bagi mengakses gudang makanan terbabit atas alasan keselamata­n,” katanya.

PBB dan rakan kongsi kemanusiaa­nnya kini berusaha mendekati sejumlah 12 juta orang dengan bantuan makanan kecemasan, yang menyaksika­n peningkata­n sebanyak 50 peratus berbanding sasaran pada 2018.

Pada Disember 2018, Program Makanan Dunia telah mendekati lebih 10 juta orang, yang merupakan satu rekod pencapaian, kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia