Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan, AS umum latihan ketenteraa­n bersama selepas sidang kemuncak Trump-Kim

-

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) telah menunda pengumuman rancangan mereka untuk mengadakan latihan ketenteraa­n bersama ketika musim bunga sehingga selepas sidang kemuncak kedua antara Washington dan Pyongyang yang dijadualka­n berlangsun­g akhir bulan ini, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan sumber kerajaan pada Jumaat.

Jika kedua- dua sekutu meneruskan program latihan tahunan mereka, persiapan untuk sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mungkin terjejas.

Terdapat juga kemungkina­n kedua-dua pemimpin mungkin mencapai persetujua­n bagi membatalka­n atau menunda latihan itu pada mesyuarat yang dijadualka­n berlangsun­g di Vietnam mulai 27 hingga 28 Februari.

“Rancangan latihan bagi separuh pertama tahun ini akan diumum selepas sidang kemuncak Korea Utara-AS,” kata sumber itu yang enggan dikenali.

“Bagaimanap­un pelan tentatif untuk memulakan satu lagi bentuk latihan pada 4 Mac tidak berubah.”

Seoul dan Washington telah merancang mengadakan latihan pasca komando Key Resolve selama dua minggu serta latihan lapangan Foal Eagle antara Mac dan April.

Mereka juga bersetuju me- namakan semula kesemua latihan itu bagi menjaga hati Korea Utara.

Sidang kemuncak itu akan memfokus kepada langkahlan­gkah konkrit Korea Utara ke arah pembasmian sepenuhnya senjata nuklear di Semenanjun­g Korea yang telah dipersetuj­ui Trump dan Kim dalam pertemuan pertama mereka di Singapura pada Jun tahun lepas, dan apa yang boleh AS tawarkan sebagai pertukaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia