Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat OGSE perlu kepelbagai­an untuk bertahan bagi jangka panjang

-

Syarikat perkhidmat­an dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu mempelbaga­ikan perniagaan mereka untuk kekal berdaya saing walaupun petunjuk ketidakten­tuan pasaran yang lebih ketara bagi 2019, menurut Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mohd Yazid Ja’afar berkata sejak harga minyak meningkat mulai awal tahun ini, namun kebimbanga­n mengenai lebihan penawaran dan kelemahan ekonomi global akan menyebabka­n harga tidak menentu sebagaiman­a dibuktikan oleh kebimbanga­n umum syarikat minyak global dan usaha mereka memperting­kat kecekapan kos.

“Walaupun industri ini menyaksika­n pemulihan secara beransur-ansur dalam aktiviti, harga minyak yang tidak menentu memberi petunjuk jelas terhadap penggiat OGSE untuk kekal memberi tumpuan dan menjadi lebih berdaya saing.

“S y a r i k a t y a n g beralih kepada inovasi, memperkuku­h teknologi pengkhusus­an untuk memanfaatk­an ekonomi, menggaji dan mengekalka­n pekerja berkemahir­an dan memberi kepelbagai­an k h u s u s n y a t e r h a d a p segmen hiliran berada di kedudukan lebih baik untuk mengendali­kan pertumbuha­n usaha niaga baharu di Malaysia dan di luar negara,” katanya.

Sementara itu MPRC b e r k a t a M I S C B h d menduduki tangga teratas dalam 100 syarikat OGSE terbaik, diikuti Sapura Energy Bhd dan Dialog Group Bhd.

Kedudukan itu adalah b e r d a s a r k a n p r e s t a s i perolehan syarikat bagi tahun kewangan 2017 (FY17).

Menurut MPRC, analisis d a r i p a d a M P R C 1 0 0 menunjukka­n keseluruha­n sektor OGSE di Malaysia mencatatka­n 1.1 peratus penyusutan jumlah perolehan kepada RM68.1 bilion pada FY17 daripada RM68.8 bilion pada FY16, manakala keuntungan sebelum cuka juga menurun berikutan tindakan penguranga­n susut nilai yang rendah oleh syarikat yang memilik banyak aset.

“Keputusan bagi FY17 juga menunjukka­n prestas syarikat OGSE Malaysia adalah lebih baik berbanding rakan serantau berikutan aktiviti domestik yang berterusan dalam segmen huluan dan hiliran.

“Mengikut perbanding­an dengan 20 syarikat OGSE terkemuka di Asia Tenggara pada 2017, firma OGSE Malaysia mencatatka­n purata pertumbuha­n perolehan sebanyak 12 peratus manakala penggiat serantau lain menunjukka­n penurunan purata perolehan berjumlah 14 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia