Utusan Borneo (Sarawak)

CARI REZEKI:

Permintaan kukuh penumpang berterusan pada 2018: IATA

-

KUALA LUMPUR: P e r t u m b u h a n t r a f i k penumpang global diukur dalam Perolehan Penumpang Setiap Kilometer ( RPK) meningkat dengan kukuh sebanyak 6.5 peratus pada 2018, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA).

IATA dalam satu kenyataan semalam berkata walaupun angka ini adalah penurunan berbanding pertumbuha­n 8.0 peratus pada 2917, ia adalah satu lagi tahun pertumbuha­n mengatasi trend.

Trafik penumpang global meningkat 5.3 peratus pada Disember 2018 berbanding bulan yang sama pada 2017, kemajuan tahun- ke- tahun paling perlahan sejak Januari 2018.

IATA berkata permintaan l e m a h m e n y a k s i k a n p e r t u m b u h a n t r a f i k penumpang menyusut kepada kadar tahunan lima peratus bagi separuh kedua 2018, berbanding sembilan peratus dalam separuh pertama.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Alexandre de Juniac berkata persatuan itu menjangka prestasi sederhana tahun ini.

“B a g a i m a n a p u n , pertumbuha­n perlahan pada separuh kedua 2018, ditambah dengan kebimbanga­n terhadap isu-isu termasuk Brexit dan ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat- China, mewujudkan ketidakpas­tian kepada prospek positif ini,” katanya.

Sementara itu, trafik penumpang antarabang­sa tumbuh sebanyak 6.3 peratus pada 2018, lebih rendah berbanding 8.6 peratus yang dicatatkan pada 2017.

Trafik syarikat penerbanga­n Asia Pasifik meningkat 7.3 peratus pada 2018 dipacu oleh pengembang­an ekonomi serantau yang kukuh dan peningkata­n pilihan laluan bagi pengembara.

“Walaupun angka ini susut daripada pertumbuha­n 10.5 peratus tahun-ke-tahun pada 2017, ia mencukupi untuk menerajui semua rantau bagi tahun kedua berturut-turut,” kata IATA, sambil menambah kapasiti meningkat sebanyak 6.4 peratus dan faktor muatan naik 0.7 mata peratusan kepada 80.6 peratus. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? Penjaja menjual sayur-sayuran di tepi jalan di Amritsar, India.
— Gambar AFP Penjaja menjual sayur-sayuran di tepi jalan di Amritsar, India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia