Utusan Borneo (Sarawak)

Naza lancar kereta kompak Picanto GT-Line baharu

-

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, kelmarin melancarka­n varian baharu kereta kompak GTLine terlaris mereka, Picanto, bagi pasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporatio­n Holdings (kumpulan automotif), Datuk Samson Anand George berkata syarikat itu memutuskan untuk memperkena­lkan varian sporty kereta tersebut susulan kejayaan pelancaran model Kia Picanto 1.2 EX tahun lepas.

Picanto GT-Line menampilka­n ciri-ciri baharu termasuk warna baharu, gril signatur Kia ‘tiger nose’, dwipaip eksos, roda aloi 16 inci, lampu LED siang hari dan lampu kabus, antena sirip dan akses tanpa kunci, katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Kereta itu juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamata­n seperti pembinaan kerangka keluli canggih yang kukuh dan enam beg udara, dua di hadapan, sisi dan beg udara langsir.

Model itu juga termasuk ciri-ciri keselamata­n seperti pengurusan kestabilan kenderaan dengan kawalan kestabilan elektronik bagi memastikan keselamata­n semasa membrek dan mengambil selekoh, brek kecemasan dan kawalan bantuan permulaan mendaki yang menghalang kereta daripada mengundur semasa berada di cerun ketika brek dilepaskan.

Picanto GT- Line yang didatangka­n dengan warna Perak Titanium, Putih dan Hitam Aurora berharga daripada RM57,888 (atas jalan raya tanpa insurans), termasuk jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia