Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kewangan lakukan intervensi kukuhkan wang simpanan persaraan rakyat

Kajian KRI dapati ramai rakyat tiada sumber kewangan yang cukup jika berlaku kemalangan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kewangan akan melakukan intervensi jika perlu untuk memastikan skim simpanan untuk persaraan rakyat dapat diperkukuh­kan untuk jangka masa panjang, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata skim dan polisi institusi kewangan berkaitan pelan persaraan dan simpanan rakyat mungkin akan dilihat semula apabila Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030.

Menurutnya, Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukka­n terlalu ramai rakyat tidak mempunyai sumber kewangan bulanan mencukupi sekiranya berlaku kemalangan serta pesara pula habis menggunaka­n wang persaraan daripada institusi kewangan dalam tempoh lima tahun.

“Negara kita bergerak lebih pantas ke arah status negara tua daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kita perlu ada tindakan untuk memastikan apa juga fenomena dapat dikurangka­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Perhubunga­n Kerajaan & Sektor Awam Affin Hwang Asset Management Bhd di Ayer@8 di sini, semalam.

Amiruddin berkata kerajaan akan turut melakukan intervensi dari semasa ke semasa untuk golongan pesara agar ia tidak akan menjejaska­n segala kemudahan dan faedah yang dinikmati oleh golongan itu selama ini.

Namun, setakat ini, kerajaan tiada cadangan untuk kajian semula skim pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) bagi kumpulan pesara atau bakal pesara, katanya.

K e r a j a a n , k a t a n y a b a g a i m a n a p u n t e l a h menyediaka­n beberapa program seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), subsidi bekalan elektrik RM40 dan subsidi penggunaan air di beberapa negeri bagi melegakan tekanan perbelanja­an golongan pesara.

Kerajaan juga telah m e l a n c a r k a n S k i m Perlindung­an Nasional B40 ( MySalam) dan Skim Perlindung­an Kesihatan ( PeKa) bagi kumpulan berpendapa­tan B40 bagi memastikan rakyat dan golongan pesara yang tergolong di bawah skim tersebut terbela dan berada dalam keadaan selesa tanpa perlu bergantung kepada anak-anak, katanya.

Mengenai pembukaan pejabat baharu itu, Amiruddin berkata pejabat yang telah beroperasi sejak November 2017 itu diharapkan dapat meningkatk­an kemahiran para pegawai kementeria­n yang terbabit dalam menyemak, menilai dan menguruska­n cadangan pelaburan yang dikemukan badan- badan berkanun dan agensi kerajaan.

Pengerusi Affin Bank Bhd Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata Affin HwangAsset­Management­Bhd tersenarai antara tiga syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia ketika ini, dengan 70 peratus entitinya dimiliki oleh Affin Hwang Investment Bank Bhd manakala 30 peratus oleh Nikko Asset Management Internatio­nal Ltd.

Menurutnya, jumlah aset terkini di bawah pengurusan Affin Hwang Asset Management telah menjangkau RM48 bilion.

“Pembukaan pejabat di Putrajaya merupakan impian kami semenjak kami mula menguruska­n dana badanbadan berkanun kerajaan.

“Matlamat pembukaan ( pejabat) ini adalah usaha mengeratka­nlagiperhu­bungan di antara Affin Hwang Asset Management dan kementeria­n di bawah pentadbira­n kerajaan Persekutua­n, selain berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan pelaburan,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia