Utusan Borneo (Sarawak)

CPAM Group catat AUM lebih RM80 bilion pada 2018

-

Kumpulan syarikat di bawah CIMB- Principal Asset Management Group (CPAM Group) mencatat aset di bawah pengurusan (AUM) berjumlah RM81.3 bilion setakat 31 Dis, 2018.

Di Malaysia, CIMBPrinci­pal Asset Management Bhd ( CIMB- Principal Malaysia) pula terus mengekalka­n kedudukann­ya sebagai antara peneraju firma pengurusan aset yang terkemuka.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB- Principal Ma l a y s i a , M u n i r a h Khairuddin berkata: “Dana unit amanah kami yang memberi dividen tinggi bagi 2018 termasuk CIMBPrinci­pal DALI Equity Growth, CIMB Islamic Balanced, CIMB- Principal Equity, CIMB- Principal Equity Growth & Income, CIMB-Principal Balanced dan CIMB-Principal Bond dengan pulangan sekitar 3.31 peratus hingga 7.98 peratus.”

F i r m a i t u t u r u t mengumumka­n agihan dividen bagi 23 dananya yang berjumlah RM166.77 juta bagi suku keempat 2018.

Ia memiliki sejumlah 75 dana termasuk dana konvension­al dan Islam selain dana dagangan bursa serta 10 dana persaraan persendiri­an.

CIMB-Principal Malaysia juga telah menerima pelbagai pengiktira­fan berprestij seperti enam trofi di Anugerah Dana The Edge- Thomson Reuters Lipper 2018; anugerah Firma Dana Terbaik Tahun Ini Fundsuperm­art. com; anugerah Unit Dana Amanah Disyorkan 2018/ 2019 bagi enam dana serta Pengurus Kekayaan Terbaik di Malaysia menerusi Anugerah Perbankan Persendiri­an, Pengurusan Kekayaan dan Dana Dagangan Bursa (ETF) Triple A 2018.

Anugerah tersebut juga membuktika­n kepakaran serta kecemerlan­gannya dalam aspek pengurusan aset.

CIMB- Principal Group terdiri daripada CIMBPrinci­pal Malaysia dan CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd serta PT CIMB- Principal Asset Management ( Indonesia); CIMB- Principal Asset Management Company Ltd (Thailand) dan CIMBPrinci­pal Asset Management Pte Ltd (Singapura).

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi http:// www. cimb- principal. com. my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia