Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha tekstil batik disaran miliki sijil standard

-

Pengusaha tekstil batik disaran supaya mendapatka­n sijil standard bagi memastikan hasil industri kraf itu memenuhi kualiti piawaian terbaik dalam usaha meningkatk­an keyakinan pembeli terhadap produk batik yang ditawarkan dalam pasaran.

T i m b a l a n M e n t e r i Pelanconga­n, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata setakat tahun lepas, 200 pengusaha batik dikenal pasti memperoleh sijil standard itu dan pihaknya menyasarka­n pada tahun ini jumlah itu akan meningkat.

“Kami sudah mulakan pengenalan standard piawaian pengeluara­n batik ini tahun lepas, namun masih ramai lagi pengusaha batik yang tidak tahu mengenainy­a yang menerusi inisiatif ini dapat memberi kemudahan dari segi pengeluara­n hasil batik mereka dengan lebih efisien dan berkualiti.

“Ia lebih kepada kesedaran kepada pengusaha untuk tampil ke hadapan, kerana kami mempunyai standard untuk pasarkan produk dengan lebih berjaya, jadi bila mereka capai standard ini baguslah. Kalau SIRIM ada standard, kami pula bersama Jabatan Standard Malaysia mempunyai piawaian untuk industri batik, tenun dan songket,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Batik Fest 2019 di sini, semalam.

M e n u r u t n y a , p a r a pengusaha batik hanya perlu memberikan sampel hasil batik mereka kepada pihak Kraftangan Malaysia, sebuah agensi di bawah kementeria­nnya, dan mereka akan dibantu daripada aspek teknikal bagi memudahkan proses seterusnya selepas menerima sijil standard itu.

“Kami akan bantu pengusaha, mereka tahu macam mana nak hasilkan batik tetapi kami mempunyai kualiti spesifikas­i dan operasi yang betul jadi mereka mudah tahu spesifikas­i batik mereka... contoh mereka nak hasilkan batik yang sama seperti mereka pernah hasilkan dahulu tapi mereka tiada spesifikas­i itu...kalau ada rekod tentang suhu, skema warna, semua aspek teknologi itu, saya pasti mereka boleh hasilkan produk yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam usaha menggalakk­an amalan pemakaian batik Malaysia di semua peringkat selain memupuk dan meningkatk­an rasa suka terhadap sen warisan negara itu, acara Batik Fest akan dimasukkan dalam kalendar serta dijadikan acara tahunan kementeria­n itu — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TARIKAN: Muhammad Bakhtiar (tengah) beramah mesra dengan Pengasas LOKA Malaysia Juliahayyu Mohamad (kanan) ketika melawat gerai jualan pakaian batik selepas Pelancaran Batik Fest 2019 di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC), semalam.
— Gambar Bernama TARIKAN: Muhammad Bakhtiar (tengah) beramah mesra dengan Pengasas LOKA Malaysia Juliahayyu Mohamad (kanan) ketika melawat gerai jualan pakaian batik selepas Pelancaran Batik Fest 2019 di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia