Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia paling ramai berkunjung ke Surabaya

Gunung Berapi Bromo dengan ketinggian 2,329 meter jadi tarikan

-

SURABAYA: Rakyat Malaysia dicatatkan paling ramai melancong ke Surabaya, Jawa Timur, yang terkenal dengan keindahan Gunung Berapi Bromo.

Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) Jawa Timur, Surabaya menerima 618,000 pelancong luar pada 2018.

“Daripada jumlah itu, pelancong dari Malaysia adalah seramai 53,000 orang, jumlah tertinggi pelancong luar ke provinsi Jawa Timur,” kata Ketua Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Timur H. Jarianto.

Beliau berkata pelancong Malaysia dilihat gemar bermain golf di Surabaya, selain berkunjung ke Gunung Bromo, gunung berapi berketingg­ian 2,329 meter di kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, yang terkenal dengan keindahan alamnya.

Warga Malaysia turut dicatatkan sebagai pelancong utama ke Jawa Timur sejak 2016.

Sementara itu, Setiausaha Daerah Provinsi Jawa Timur, Heru Tjahjono dipetik media tempatan berkata sambutan Hari Pers Nasional 2019 (HPN 2019) yang berlangsun­g di Surabaya bermula 7 hingga 9 Feb ini dilihat merancakka­n lagi industri pelanconga­n di wilayah itu.

HPN 2019 menghimpun­kan lebih 6,000 para peneraju pengamal media dari seluruh Indonesia, dilihat menjadi platform kepada wilayah itu untuk mendapat publisiti yang lebih meluas daripada media dalam mempromosi­kan Surabaya sebagai destinasi pelanconga­n menarik di Indonesia selain Bali, Jakarta dan Bandung.

Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual merasmikan HPN 2019 hari ini.

Ketua Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan berkata HPN disifatkan perayaan kedua terbesar di Indonesia selepas Aidilfitri kerana ia mendapat komitmen penuh pemerintah, para pengamal media, penyertaan swasta, tokoh korporat dan akademik, duta luar di Indonesia dan penyertaan rakyat setempat.

“HPN diadakan 9 Feb setiap tahun secara bergilirgi­lir di kota-kota di Indonesia. Tuan rumah HPN akan mendapat banyak limpahan manfaat.

Kehadiran Presiden Indonesia, tokoh-tokoh korporat, liputan media dan program HPN menjana sumber pendapatan yang besar kepada provinsi terbabit,” katanya yang juga Anggota Dewan Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Adly (kanan) bersalaman dengan penjawat awam di negeri itu selepas Perhimpuna­n Bulanan Pentadbira­n Kerajaan Negeri Melaka di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Adly (kanan) bersalaman dengan penjawat awam di negeri itu selepas Perhimpuna­n Bulanan Pentadbira­n Kerajaan Negeri Melaka di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia