Utusan Borneo (Sarawak)

Personalit­i Agama Mohd Hariri dilantik anggota Lembaga Pengarah USIM

-

Personalit­i agama yang sering muncul sebagai moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV1 dan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Antarabang­sa, Mohd Hariri Mohammad Daud dilantik sebagai anggota Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.

Menurut kenyataan Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM semalam, pelantikan beliau itu dipersetuj­ui Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malek selaras dengan peruntukan Seksyen 17 (1) (f) Perlembaga­an USIM (Wakil Alumni) bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2022.

Menurut kenyataan itu Mohd Hariri, 35, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda (Dakwah dan Pengurusan Islam) USIM (2009) dan Sarjana Pengurusan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (2016) dan beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Maqasid Syariah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mohd Hariri yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM atas kapasiti alumni USIM kerana telah memberi pelbagai sumbangan kepada universiti itu sejak zaman beliau menjadi mahasiswa USIM.

Semasa pengajiann­ya di USIM, beliau pernah diberi kepercayaa­n sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM dan Presiden Kelab Debat, selain aktif mewakili universiti itu sebagai pendebat Bahasa Melayu dengan meraih pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan.

Sepanjang perkhidmat­annya di JAKIM pula, beliau telah mendapat Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Pekerja Harapan JAKIM dan menjuarai Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Malaysia.

Beliau turut terpilih oleh Kedutaan Amerika Syarikat pada 2018 sebagi peserta program berprestas­i tinggi, ‘Internatio­nal Visitor Leadership Programme’ (IVLP) untuk berkursus di Amerika Syarikat.

Selain memberi sumbangan kepada masyarakat melalui lapangan dakwah, beliau juga aktif dalam bidang penulisan.

Beliau telah menulis lebih 12 buku dan pernah mendapat senarai lima teratas Buku Paling Popular tahun 2015 serta Buku Pilihan Perpustaka­an Negara 2018.

Antara buku penulisan beliau adalah, Rumah Yang Berkat Membawa Rahmat, 99 Tip Pembentang­an Power dan terkini, Menjejaki FirmanMu Di Langit Amerika.

Beliau juga menyumbang penulisan keagamaan sebaga kolumnis di akhbar perdana dan majalah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia