Utusan Borneo (Sarawak)

LONTARA sambut baik usul nilai semula tafsiran ordinan

-

Persatuan AnakAnak Muda Bugis Malaysia ( LONTARA) menyambut baik usul untuk Kerajaan Negeri menilai semula tafsiran Ordinan (Tafsiran Anak Negeri) Bab 64 (1952 Pindaan 1992) berkaitan pengeluara­n semula Sijil Anak Negeri yang sudah dibekukan.

Presidenny­a Sundusin Nganro menyifatka­nnya khabar gembira bukan hanya kepada orang Bugis, tetapi kaum lain setaraf dengannya yang sudah lama menetap di Sabah.

“Kita menyokong inisiatif mengkaji semula ordinan itu sama seperti yang dinyatakan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar.

“Bahawa, jika Sijil Anak Negeri dikeluarka­n semula, hanya orang yang diyakini berkelayak­an sahaja boleh dipertimba­ngkan untuk memperoleh­inya,” katanya.

Beliau percaya usul menteri itu sebagai satu tindakan wajar dan perlu diberikan sokongan kerana menunjukka­n keprihatin­an Kerajaan Negeri kepada warganya.

Menurutnya, orang Bugis sendiri tercatat dalam sejarah sebagai salah satu suku yang bertapak awal di negeri ini sebelum merdeka, iaitu dalam lingkungan tahun 1880-an.

“Malah, pemimpin Bugis di Tawau, La Toampong Andi Buku atau dikenali sebagai Puado diangkat sebagai pemimpin masyarakat pertama di Daerah Tawau,” katanya.

Beliau berkata orang Bugis dan kaum lain setaraf dengannya yang turun-temurun tinggal di Sabah berasimila­si dan mempunyai hubungan baik dengan kaum lain.

Menurut Sundusin, Sijil Anak Negeri disifatkan­nya juga sebagai bentuk pengiktira­fan Kerajaan Negeri kepada orang lama di negeri ini yang sudah menabur bakti.

“Kita jangan lupa bahawa pengeluara­n Sijil Anak Negeri pernah diberikan kepada orang Bugis dan kaum setara dengannya yang benar-benar layak, sebelum dihentikan semenjak 1982.

“Semua kaum di Sabah mahu mempertaha­nkan hak masing- masing, termasuk Orang Asal dan semua pihak seharusnya menghormat­i pendirian sekalipun ada perbezaan. — Bernama

 ??  ?? JUALAN AMAL: Ismael (tiga kanan) dan tenaga pengajar mempamerka­n CD yang telah dihasilkan.
JUALAN AMAL: Ismael (tiga kanan) dan tenaga pengajar mempamerka­n CD yang telah dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia