Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan peruntuk RM96,850 untuk mangsa kebakaran di Putatan, Kudat: TPM

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan sejumlah RM96,850 dalam bentuk wang ihsan serta bantuan persekolah­an kepada mangsa kebakaran di Putatan dan Kudat.

Beliau berkata pemberian bantuan itu melibatkan 77 ketua isi rumah (KIR) yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Kerakit Pulau Banggi, Kudat pada 13 Jan dan 78 KIR serta 42 pelajar yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, 11 Jan lepas.

“Setiap KIR akan menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 manakala pelajar akan menerima bantuan barangan keperluan persekolah­an maksimum bernilai RM150 seorang.

“Bantuan ini bukanlah berbentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami oleh mangsa sebaliknya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan untuk meringanka­n beban yang dialami oleh mangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Wang Ihsan Bantuan Bencana Negara (Kebakaran) di Putatan dekat sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas serta Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Wan Azizah berkata kerajaan persekutua­n amat peka dan bersimpati atas kemusnahan dan kerosakan harta benda yang dialami mangsa akibat bencana terutamany­a kepada mangsa yang terlibat di Sabah.

“Sehingga kini, kerajaan persekutua­n telah memberi bantuan bencana berjumlah RM7.23 juta di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara kepada kerajaan negeri Sabah melalui agensi-agensi pelaksana yang telah dilantik bagi membaiki atau membina semula infrastruk­tur yang rosak.

“Antaranya ialah untuk mangsa- mangsa kebakaran di Rumah Panjang Belantos, Nabawan; Projek Penyusunan Semula Penempatan di Kampung Tanjung Kapor, Kudat; membina semula gerai-gerai di Kampung Tonsom, Langkon, Kota Marudu; membina titian pejalan kaki dan jalan konkrit di Kampung Pantai Bahagia, Kudat serta kerja-kerja pembaikan cerun di Pusat Tahanan Sementara, Kota Kinabalu,” katanya

Beliau berkata selain itu, bagi membantu meringanka­n beban mangsa yang baru sahaja dilanda bencana, kerajaan persekutua­n juga memberikan bantuan wang ihsan yang merupakan sumbangan ikhlas kepada mangsa.

“Pada tahun 2018 sahaja sebanyak RM2.09 juta bantuan wang ihsan telah diberikan kepada 4,186 KIR mangsamang­sa yang telah mengalami bencana di seluruh Sabah,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Dr Wan Azizah bertanya khabar kepada mangsa kebakaran Putatan ketika melawat mangsa di Dewan Putatan, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Dr Wan Azizah bertanya khabar kepada mangsa kebakaran Putatan ketika melawat mangsa di Dewan Putatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia