Utusan Borneo (Sarawak)

IPD KK ambil tindakan drastik banteras dadah di lima lokasi panas

-

Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengambil tindakan drastik membantera­s lima lokasi panas bag memastikan tidak berlakunya aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata lima kawasan yang sudah dikena pasti aktif aktiviti dadah termasukla­h Kampung Lokub Bakau, Cenderamat­a, Sembulan dan Tanjung Aru di sini.

“Lima pegawai bersama pasukan masing-masing sudah ditempatka­n di lokasi terbabit dan pasukan ini akan melaksanak­an aktiviti ‘pembersiha­n kegiatan dadah di sana.

“Kita harapkan kesemua lokasi yang dinyatakan akan bebas dadah sepenuhnya menjelang penghujung Mac akan datang ini,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan di IPD Kota Kinabalu pada Khamis.

Beliau berkata operasi berterusan secara bersepadu yang turut disertai agensi lain adalah strategi yang dilakukan dalam melaksanak­an tindakan pencegahan secara drastik itu.

“Kita juga memerlukan kerjasama berterusan daripada orang awam serta masyarakat dalam menyalurka­n maklumat penting agar usaha pembantera­san ini dapat dilakukan secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Habibi menyatakan indeks jenayah di sin menurun kepada 5.4 peratus bersamaan 1,628 kes pada 2017 berbanding 1,541 kes tahun lalu

“IPD Kota Kinabalu turut merekodkan kejayaan penyelesai­an sejumlah 1,056 kes iaitu sebanyak 68 peratus manakala kes lain termasuk pecah rumah, curi kenderaan dan rompakan berkumpula­n menurun sejak 2017 sehingga tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia