Utusan Borneo (Sarawak)

Madrasah Ad-Duraras AlIslamiyy­ah lancar album agama

-

Madrasah AdDuraras Al-Islamiyyah telah melancarka­n Jualan Amal Cekera Padat ( CD) yang memuatkan Surah Pilihan, ayat-ayat Manzil serta doa dan Surah kenduri kesyukuran pada Sabtu.

Pengetua Madrasah AdDurras Al-Islamiyyah Ustaz Ismael Ahmad berkata, jualan amal itu merupakan ilham daripada penasihat madrasah Dr Mohd Nazmi Desa untuk menampung perbelanja­an yang ditanggung oleh pihak madrasah.

“Memandangk­an madrasah tidak mempunyai dana dan bantuan yang tetap untuk menanggung segala perbelanja­an dan kos harian, inisiatif seperti ini adalah jalan yang terbaik untuk menambah dana madrasah,” katanya.

Katanya, pelajar yang menuntut di madrasah itu merupakan kalangan yang kurang berkemampu­an malahan ada yang tidak sanggup untuk membayar yuran pengajian walaupun hanya RM6 sebulan.

“Pihak madrasah mempunyai banyak perancanga­n jangka masa panjang untuk menambah baik madrasah terutamany­a bercadang untuk memperbesa­rkan lagi ruang yang sedia ada memandangk­an jumlah pelajar yang semakin bertambah,” jelasnya.

Menurut Ismael, sebelum jualan amal cakera padat itu, pihak madarasah sudah pernah mengadakan jualan amal dalam bentuk risalah doa dan telah mendapat sambutan serta mampu menambah dana madrasah.

Beliau yang turut merakamkan suaranya berkata, hasil karyanya itu dijual pada harga RM20 dan kos rakaman berkenaan menelan belanja sebanyak RM10,000 bagi menghasilk­an sebanyak 1,000 keping CD.

Untuk rekod, Madrasah AdDurras Al-Islamiyyah yang ditubuhkan pada tahun 2009 pada mulanya menumpang di masjid berdekatan dan baru setahun lebih bertapak di madrasah yang sedia ada.

Pada ketika ini, ia menempatka­n seramai 330 pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur, dan menumpukan pada pengajian al-Quran dan hafalan serta Fardu Ain.

Setakat ini, madrasah telah membuka lima cawangan yang dikendalik­an oleh 30 bekas pelajar madsarah dan ditempatka­n di Surau Al-Muhajirin Kg Kohoha, Kg Hidayat Batu 4, Bandar Sri Indah, Kg Tinagat Batu 7 serta Kg Bakau Inderasaba­h.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Wahyu Ilahi Learning Centre Ustaz Adam Khaleef Eilyas, Penyelia Kafa Ustaz Tahang @Abdur Rahman dan Ustaz Faizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia