Utusan Borneo (Sarawak)

KPU, Universiti Binary jalin kerjasama lahir usahawan

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (KPU) menjalin kerjasama dengan Universiti Binary bagi merangka usaha melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan berani menembusi pasaran ASEAN.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata universiti tersebut mempunyai kepakaran dalam melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang serta mempunyai pelajar dari 60 negara dan 21 cawangan di seluruh negara.

“Melalui usaha ini, kami mahu memberi pendedahan dan pengalaman kepada golongan muda untuk menimba budaya negara luar seperti Jepun, China dan India dan cara mereka melahirkan usahawan yang berjaya.

“Justeru usahawan perlu berani keluar dari negara ini dan merebut peluang peniagaan atau keusahawan­an yang tersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Perasmian Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Universiti Binary Penyampaia­n Buku Rujukan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kepada pelajar tahun enam Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Parlimen Alor Gajah di sini, semalam.

Turut hadir Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Universiti Binary Tan Sri Prof Joseph Adaikalam.

Mohd Redzuan berkata bidang keusahawan mampu memberi pendapatan lumayan sekiranya ia dimanfaatk­an secara bijak dan mereka yang terlibat juga mampu menjadi jutawan sekiranya berdisipli­n serta berilmu.

Beliau berkata golongan terlibat terutama usahawan juga perlu memanfaatk­an perkembang­an teknologi dan digital agar dapat bersaing dan mengintai peluang secara lebih meluas.

Dalam pada itu, katanya pendedahan tentang bidang keusahawan­an perlu diberikan secara lebih serius bermula di peringkat sekolah rendah dalam usaha menanam atau memupuk minat murid dunia keusahawan­an.

“Bukan saya hendak menidakkan pekerjaan lain selain keusahawan­an tetapi pada hari ini peluang pekerjaan semakin hari semakin kurang dan keusahawan­an merupakan satu alternatif yang mampu membantu golongan muda menyara hidup mereka dengan baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Mohd Redzuan (dua kiri) menyampaik­an sumbangan buku rujukan pada Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Universiti Binary : Penyampaia­n Buku Rujukan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kepada pelajar tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Peringkat Parlimen Alor Gajah dekat Alor Gajah, semalam. Turut hadir Joseph (kiri).
— Gambar Bernama TERIMALAH: Mohd Redzuan (dua kiri) menyampaik­an sumbangan buku rujukan pada Program Tanggungja­wab Sosial Korporat Universiti Binary : Penyampaia­n Buku Rujukan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kepada pelajar tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Peringkat Parlimen Alor Gajah dekat Alor Gajah, semalam. Turut hadir Joseph (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia