Utusan Borneo (Sarawak)

UNTUNG PERNIAGAAN MENURUN

Beberapa sektor ekonomi utama diusahakan syarikatsy­arikat di Miri alami penurunan keuntungan tahun lalu.

-

MIRI: Beberapa sektor ekonomi utama diusahakan syarikatsy­arikat perniagaan di sini menunjukka­n penurunan dalam keuntungan­nya tahun lalu ekoran keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Woodman Dato Sri Law Kiu Kiong berkata, dalam tempoh 50 tahun lalu dikirakan sebagai tahun-tahun paling sukar buat syarikat perniagaan.

“Di Sarawak terutamany­a di Miri, sektor ekonomi nyata menunjukka­n penurunan dalam keuntungan adalah pembalakan, minyak kelapa sawit, minyak dan gas, perkapalan dan hartanah.

“Keadaan ekonomi semasa mengejutka­n syarikat-syarikat mengusahak­an sektor ekonomi terbabit kerana kelima-lima sektor itu menunjukka­n penurunan serentak,” katanya ditemui pada kunjungan hormat Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di sini kelmarin.

Dalam kunjungan tersebut, Law menerima surat jemputan khas untuk menghadiri Majlis Lantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu NSJA di Hotel Dynasty, di sini pada 1 Mac depan.

Surat jemputan itu diserahkan oleh Pengerusi Penganjur Majlis Margaret Ringgit dan turut disertai sembilan ahli NSJA termasuk Presidenny­a Andy Jong.

Dalam pada itu, Law berkata walaupun dengan keadaan ekonomi tidak stabil, syarikatsy­arikat di sini digesa terus menjalanka­n perniagaan dan tidak sama sekali menutup syarikat mereka begitu sahaja.

“Kerjasama antara pengurusan syarikat dan pekerja perlu ada agar misi dan visi dapat tercapai demi pembanguna­n syarikat pada tahun-tahun mendatang.

“Namun, di Malaysia kita masih baik berbanding negara-negara lain walaupun susah sikit, kita masih dapat bertoleran­si dan hidup aman damai antara pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Dalam pada itu, Law menggesa kerajaan membantu syarikatsy­arikat pengusaha ekonomi utama di negara ini dalam menjalanka­n pemasaran produkprod­uk terbabit di luar negara.

 ??  ?? Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah KUNJUNGAN: Law (lima kanan) menerima surat jemputan ke Majlis Lantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu NSJA daripada Margaret (empat kiri) di Miri kelmarin.
Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah KUNJUNGAN: Law (lima kanan) menerima surat jemputan ke Majlis Lantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu NSJA daripada Margaret (empat kiri) di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia