Utusan Borneo (Sarawak)

PEMUDA ‘KERJA’ AMBIL, HANTAR DADAH DITAHAN

-

KUCHING: Demi upah RM400, seorang pemuda ditahan selepas dipercayai menjadi pengambil dan penghantar dadah apabila polis menemui peket plastik mengandung­i 56.65 gram syabu dalam poket seluarnya.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 22 tahun berasal dari Serian itu diberkas pada jam 9.45 malam di pekarangan sebuah inap desa di Kota Sentosa, Batu 7 di sini malam kelmarin.

“Pemeriksaa­n ke atas badan suspek menjumpai satu peket plastik lutsinar besar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 56.65 gram dalam poket hadapan sebelah kiri seluar warna hitam tiada jenama yang dipakai suspek.

“Suspek ditangkap dan diberitahu kesalahann­ya kerana memiliki dadah dan hasil ujian saringan awal terhadap suspek, polis mendapati dia turut positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Aidil, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah itu adalah kepunyaan seorang pengedar tempatan yang dikenali.

“Suspek mendapat upah sebanyak RM400 untuk mengambil dadah tersebut di lokasi yang ditetapkan,” dedahnya.

Pada masa sama beliau berkata suspek mula terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan dadah sejak seminggu lalu dan tidak mempunyai rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah IPD Padawan serta dimasukkan ke Lokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

Selain itu katanya, polis turut merampas peket plastik yang mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 56.65 gram dan menyita kereta yang digunakan suspek.

 ??  ?? PADAH: Suspek bersama bahan bukti.
PADAH: Suspek bersama bahan bukti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia