Utusan Borneo (Sarawak)

BELIA MESTI BERHATI-HATI MENCARI KERJA DI LUAR NEGARA

-

KUCHING: Belia di Sarawak mesti berhati-hati apabila mencari pekerjaan di luar negara dan jangan mudah terperdaya dengan sindiket yang hanya mahu memperguna­kan mereka.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata buat masa ini Kerajaan Sarawak tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memberi nasihat dan peringatan kepada rakyat negeri ini kerana ramai belia Sarawak terlibat.

“Disebabkan komunikasi sangat canggih dan pantas sekarang, kita tidak dapat menghalang atau memantau belia di negeri ini yang mahu bekerja di luar negara. Kita hanya berharap rakyat Sarawak lebih berhati-hati ke mana sahaja mereka hendak pergi bekerja di luar Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Wushu Sarawak di ibu pejabatnya di Tabuan Laru dekat sini, semalam.

Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden penahanan 44 rakyat Sarawak di penjara Kemboja kerana didakwa terlibat dalam perjudian dalam talian secara haram.

Tambahnya, insiden itu amat menyedihka­n kerana daripada 47 rakyat Malaysia yang ditahan, 44 adalah dari Sarawak dan beliau berharap tidak akan ada lagi rakyat negeri ini yang menjadi mangsa penipuan seperti itu selepas ini.

“Saya sangat sedih apabila mengetahui perkara ini, yang tidak berbuat apa-apa tetapi pergi ke luar negara mencari pekerjaan ditahan di luar negara.

“Oleh itu, rakyat Sarawak khasnya belia, pertama mesti menyiasat sebelum mengambil keputusan untuk pergi ke luar negeri sama ada bakal majikan mereka terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang atau melakukan aktiviti-aktiviti haram,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Abdul Karim yakin kerajaan persekutua­n menerusi Kementeria­n Luar akan sedaya upaya membantu rakyat Sarawak yang ditahan di penjara Kemboja ketika ini.

Ini kerana menurut beliau, ketika ini Kerajaan Sarawak tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia melibatkan undang-undang negara lain.

“Jika kita (Kerajaan Sarawak) pergi ke sana (Kemboja) dan meminta 44 rakyat Sarawak yang ditahan di penjara di sana dibebaskan, mereka (Kerajaan Kemboja) tidak akan melayan kita.

“Dalam perkara ini, kita mesti bekerjasam­a dengan Wisma Putra untuk mencari penyelesai­an kepada masalah ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Karim memuji usaha banyak pertubuhan malah ali politik yang bekerja keras mencari jalan untuk membebaska­n 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja ketika ini.

Beliau bagaimanap­un berkata, cara terbaik menyelesai­kan masalah itu ialah menerusi Kerajaan Malaysia, yang akan berbincang dengan Kerajaan Kemboja.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia