Lelaki mengguna dan menjual dadah diberkas
Suspek diberkas di hadapan rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang petang kelmarin
KUCHING: Padah guna dan jual dadah, seorang lelaki diberkas bersama 5.40 gram syabu di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang Kuching petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 38 tahun ditangkap di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta yang sama.
“Pada 9 Februari 2019 jam lebih kurang 5 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang Kuching, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Jelas Aidil, sebelum melakukan pemeriksaan lanjut, pegawai polis bertugas memperk-
“
Pada 9 Februari 2019 jam lebih kurang 5 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang Kuching, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan
” dadah.
Superintenden Aidil Bolhassan
Ketua Polis Daerah Padawan
enalkan diri dengan menunjukkan Kad Kuasa Polis kepada suspek.
Katanya, tujuan pemeriksaan polis juga dimaklumkan dengan jelas serta difahami oleh suspek.
“Semasa pemeriksaan ke atas tubuh suspek, polis menjumpai satu beg tangan tiada jenama berwarna hitam yang dipegang dengan menggunakan tangan kanan suspek.
“Pemeriksaan teliti terhadap beg tersebut di hadapan suspek sendiri menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 5.40 gram,” katanya.
Ekoran itu, suspek ditangkap untuk siasatan lanjut dan suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND Padawan untuk tindakan selanjutnya.
“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Hasil siasatan awal, suspek mengaku dadah kepunyaannya untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang tempatan sekitar kawasan Matang,” tambah Aidil.
Selain itu katanya, suspek mula terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak enam tahun lepas.
Pada masa sama beliau memberitahu, suspek turut mempu- nyai rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Malah, menurutnya lagi, suspek memperolehi dadah secara ‘bank in’ dan kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut.