Utusan Borneo (Sarawak)

Pupuk budaya integriti, kebertangg­ungjawaban menerusi amalan jaga kebersihan alam sekitar

-

KUCHING: Budaya integriti dan kebertangg­ungjawaban boleh dipupuk menerusi amalan menjaga kebersihan alam sekitar.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata negaranega­ra yang tinggi integriti merupakan negara yang bersih dan menjaga kebersihan.

Rakyatnya menurut Talib, sama ada tua atau muda tidak membuang sampah meratarata dan menjaga kebersihan persekitar­annya.

“Dalam konsep integriti ada juga kebertangg­ungjawaban membersih dan mengutip sampah sarap di persekitar­an masing-masing.

“Budaya membuang sampah merata boleh menyumbatk­an longkang dan menyebabka­n banjir kilat.

“Lebih buruk, jika sampah di buang ke dalam sungai, ia akan membunuh hidupan marin yang memakan plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Plogging Integriti di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini, semalam.

Program tersebut adalah sempena Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 ( MAPI2019) oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Penview (PCC) hari ini.

Plogging merupakan gabungan aktiviti berlari atau berjalan dan mengutip sampah yang berasal daripada bahasa Sweden iaitu ‘plocka upp’ yang membawa maksud mengutip sampah.

Anjuran Unit Integriti dan Ombudsman, Jabatan Ketua Menteri, program ini turut mendapat kerjasama MAKSAK Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Program ini bertujuan menanam semangat kebertangg­gungjawaba­n dalam menangani isu alam sekitar dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

Selain itu, ia juga diharap da- pat memupuk budaya integrit dan mengukuhka­n asas mora di kalangan masyarakat dalam semua aspek kehidupan.

Setiausaha Kerajaan Neger Tan Sri Datuk Amar Morshid Abdul Ghani turut serta dalam program berkenaan bersama kira-kira 1,000 orang terdir daripada penjawat awam dan komuniti setempat.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? AKTIVITI SIHAT: Talib (empat kanan) dan Morshidi (tiga kanan) melepaskan peserta Program Plogging Integriti di pekarangan DUN Lama semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi AKTIVITI SIHAT: Talib (empat kanan) dan Morshidi (tiga kanan) melepaskan peserta Program Plogging Integriti di pekarangan DUN Lama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia