Utusan Borneo (Sarawak)

Belia harus teliti sebelum terima kerja di luar negara

-

Golongan belia harus meneliti maklumat dengan terperinci sebelum menerima sebarang tawaran kerja di luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, realiti dunia tanpa sempadan kini tidak selalunya manis.

“Belia kita harus benar-benar menyelidik apa sahaja tawaran terutama berkaitan pekerjaan di luar negara,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, bukanlah niat menghalang mereka mencari pekerjaan di luar negara namun perlu mendapatka­n maklumat sahih mengenainy­a terlebih dahulu.

“Apatah lagi tentang tawaran bekerja di luar negara hanya nampak manis dengan menggunaka­n tahap pendidikan rendah tetapi menjanjika­n pendapatan lumayan,” ujarnya.

Yussibnosh berkata, terdapat sindiket menjanjika­n peluang pekerjaan palsu menjanjika­n gaji lumayan yang sememangny­a mengambil peluang kurangnya pendedahan terhadap belia.

Jelasnya, lebih buruk golongan belia juga akhirnya boleh terjebak dengan kegiatan negatif.

“Belia kita boleh terlibat dalam kegiatan seperti menjadi keldai dadah dan pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang yang diuruskan sindiket antarabang­sa,” katanya.

Sebelum ini, seramai 47 rakyat Malaysia termasuk sebahagian besarnya dari Sarawak ditahan di sebuah penjara di Kemboja tanpa bicara atas kesalahan jenayah.

Berdasarka­n maklumat awal didapati ada antara mereka ditipu dan dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan di luar negara.

Kerajaan Malaysia kini se- dang berusaha untuk berunding dengan negara terbabit bag pembebasan semua tahanan.

 ??  ?? YUSSIBNOSH
YUSSIBNOSH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia