Utusan Borneo (Sarawak)

PBS disaran guna media sosial rekrut lebih ramai ahli

-

Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) disaran menggunaka­n media sosial dalam merekrut lebih ramai ahli termasuk menggunaka­n media sosial seperti Facebook.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, penggunaan media sosial sebagai platform persatuan amat berkesan bagi membolehka­n ahli mengetahui aktiviti semasa persatuan dan kebajikan masyarakat Bisaya.

“Penggunaan media sosial merupakan salah satu langkah ke hadapan untuk meningkatk­an jumlah ahli selain mengemas kini aktiviti persatuan di seluruh Sarawak terutama Miri dan Limbang.

“Di samping itu, melalui media sosial memudahkan persatuan membantu ahli yang memerlukan dan ditimpa musibah seperti kematian,” kata Lukanisman berucap merasmikan Mesyuarat Dwitahunan Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Cawangan Miri di bangunan Persatuan Melanau Miri semalam.

Pada masa yang sama, be- liau berharap PBS Miri terus bekerjasam­a erat dengan persatuan kaum-kaum lain seperti Melanau, Cina, Melayu dan Dayak untuk kemajuan dan kesejahter­aan semua.

“Persatuan adalah penghubung antara ahli-ahli dengan kerajaan.

“Justeru saya galakkan PBS Miri sentiasa bergerak maju demi kebaikan semua ahli dan masyarakat Bisaya,” katanya.

Beliau turut memuji PBS Miri yang amat aktif menyertai pelbagai program di Miri walaupun jumlah ahli tidak ramai.

Pada majlis tersebut, Lukanisman mengumumka­n peruntukan daripada Kerajaan Sarawak berjumlah RM5,000 untuk persatuan menganjurk­an aktiviti tahunan dan RM2,000 untuk biasiswa pendidikan anak-anak ahli.

Sementara itu, mesyuarat kali ini menyaksika­n Antonio Kahti Galis mengekalka­n jawatan pengerusi persatuan tanpa bertanding.

Turut dilantik Henry Madai (naib pengerusi), George Gumbang (setiausaha), Mathew Dominic Madai ( penolong setiausaha), Dionysius Richard (bendahari) dan Dolly Juana Thaddeus Tumang (penolong bendahari).

Manakala ahli jawatankua­sa (AJK) kecil ialah Alexander Alibar Injan, Edwin Lamun Cony-Yok, Reuter Singun dan Stanley Aba diikuti pelantikan Edward Guatee Sundai dan Latip Sapong sebagai penasihat dan Mamie Dominic Mada (juruaudit).

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Antonio (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Lukanisman, turut kelihatan Edward (empat kanan) dan Latip (empat kiri), Henry (tiga kiri) dan yang lain semasa mesyuarat dwitahunan Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Miri semalam.
PENGHARGAA­N: Antonio (kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada Lukanisman, turut kelihatan Edward (empat kanan) dan Latip (empat kiri), Henry (tiga kiri) dan yang lain semasa mesyuarat dwitahunan Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia