Henry bina gerai untuk kalangan belia dari dua kampung berniaga
Semangat berniaga dalam kalangan belia Kampung Apar dan Kampung Tabong walaupun di tepi Jalan Kampung Apar-Segong Singai berhampiran Pusat REDEEM, menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Jinep apabila beliau tampil dengan inisiatif membina gerai di kawasan berhampiran.
Dinamakan sebagai Tapak Gerai Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong, ia akan memberi satu tempat berniaga yang lebih kondusif serta sesuai untuk belia amnya dari kedua- dua kampung berkenaan.
Menurut Henry, sebanyak RM20,000 diperuntukkan bagi membina kira- kira tujuh gerai di situ, yang berkeluasan 10 kaki persegi setiap satu.
Beliau berkata RM10,000 adalah diperuntukkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional manakala RM10,000 lagi daripadanya sendiri.
Katanya, kerja pembinaan yang dijalankan secara gotongroyong akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap menjelang April nanti.
“Saya selalu berulangalik menggunakan jalan ini (Jalan Kampung Apar-Segong Singai) dan melihat ada anakanak muda dari Kampung Apar dan Kampung Tabong berniaga di tepi jalan ini.
“Ia menjadikan saya rasa terpanggil untuk membuat sesuatu dan memberi tempat perniagaan yang sesuai untuk mereka, kerana selama in mereka hanya menggunakan khemah persendirian dan tidak berapa sesuai untuk perniagaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas merasmikan Tapak Gera Kawasan Rukun Tetangga Apar/ Tabong, yang turut disaksikan bekas ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian dan Penghulu Petrus Tiwi barubaru ini.
Menjelas lanjut, Henry berkata antara perniagaan yang dijalankan di situ adalah hasi tani, kraf tangan, ternakan burger dan sebagainya.
“Apabila tapak gerai in siap nanti, saya berharap lebih ramai anak muda dari kawasan ini berniaga bersama-sama di sini.
“Untuk permulaan, gera ini mungkin hanya dibuka pada hujung minggu tetap kalau sambutan bagus, mereka ( peniaga) boleh berniaga setiap hari,” katanya.