Utusan Borneo (Sarawak)

Tanam sikap hormat-menghormat­i dan saling bermaafan

Tahun Babi diharap beri tuah, kukuhkan hubungan silaturahi­m antara masyarakat majmuk di Sarawak, kata Dr Rayong

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Sikap hormatmeng­hormati dan saling bermaafan antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan budaya perlu ditanam dalam setiap sanubari kita.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata ketibaan Tahun Babi mengikut kalendar Cina diharapkan memberi tuah yang berlipat kali ganda serta mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara masyarakat majmuk di negeri ini khususnya di konstituen­si Engkilili.

“Kita cukup bertuah kerana sekalipun Engkilili sebuah kawasan luar bandar namun kehidupan kita dikeliling­i tiga kaum utama iaitu Iban sebagai kaum majoriti diikuti kaum Cina dan Melayu yang hidup saling bergantung­an antara satu sama lain,” katanya.

Dr Rayong berkata demikian semasa berucap pada Majlis Angkat Sumpah AJK Persatuan Hakka Engkilili, Malam Lambaian Kasih Warga Emas dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di Dewan Serba Guna Engkilili, Engkilili malam kelmarin.

Tambahnya, sekali pun

Kita cukup bertuah kerana sekalipun Engkilili sebuah kawasan luar bandar namun kehidupan kita dikeliling­i tiga kaum utama iaitu Iban sebagai kaum majoriti diikuti kaum Cina dan Melayu yang hidup saling bergantung­an antara

lain. ” satu sama

Dr Johnical Rayong Ngipa

ADUN Engkilili

kaum Cina adalah minoriti di Engkilili namun segala keperluan dan permintaan mereka tidak pernah dianaktiri­kan serta diberi perhatian mengikut keperluan dan kewajaran.

“Jika kaum Iban dilimpahi projek menerusi MRP dan RTP maka saya tidak teragakaga­k mengagihka­n geran dan projek sama kepada penempatan Cina dan Melayu kerana anda semua pengundi dan penyokong kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau mahu masyarakat Cina yang merupakan golongan peniaga di pekan Engkilili bersabar menghadapi kemelut akibat kemerosota­n ekonomi semasa.

“Masa ini adalah waktu yang agak sukar apabila tidak ramai masyarakat Engkilili terutama masyarakat Iban berbelanja kecuali pada benda-benda penting susulan kejatuhan harga tanaman komoditi seperti getah, kelapa sawit, lada dan koko... memaksa mereka ke pasar jika ada keperluan.

“Sehubungan itu, marilah kita berdoa semoga Tahun Babi 2019 memberi sinar kehidupan yang jaih lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan ekonomi kita di sini semakin berkembang,” ujarnya.

Dalam pada itu, majlis diserikan lagi dengan persembaha­n singa, persembhaa­n nyanyian oleh artis jemputan dari Kuala Lumpur, pemberian angpau untuk warga emas dan cabutan bertuah.

Terdahulu, Dr Rayong mengumumka­n pemberian geran MRP masing-masing RM5,000 kepada Persatuan Hakka Engkilili, Persatuan Teochew Engkilili, SJKC Chung Hua serta Ahli Jawatankua­sa Persatuan Hakka Engkilili bernilai RM4,500 sebagai dana membeli baju korporat.

 ??  ?? DIALU-ALUKAN: Dr Rayong menyaksika­n persembaha­n tarian singa yang sedia menanti ketibaanny­a sebaik tiba di Dewan Serba Guna Engkilili semalam.
DIALU-ALUKAN: Dr Rayong menyaksika­n persembaha­n tarian singa yang sedia menanti ketibaanny­a sebaik tiba di Dewan Serba Guna Engkilili semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia