Utusan Borneo (Sarawak)

Program Digital Inklusivit­i bersama masyarakat Limbang pada 12 Februari

-

Pustaka Miri akan menganjurk­an program Digital Inklusivit­i bersama masyarakat Limbang pada Selasa ( 12 Februari) di Dewan Masyarakat Bunga Raya bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengunjung berpeluang mengenal pasti jenis sumber serta sumber boleh dipercayai dan langkah-langkah memuat turun aplikasi Sarawak Pay.

Program PANdei (People Accessible, Network for Digital Empowermen­t & Inclusivit­y) adalah satu Program Inklusivit­i Digital Rakyat Sarawak yang bertemakan ‘ Pelestaria­n Komuniti Digital’.

Ia bertujuan memastikan setiap rakyat Sarawak dilengkapi dengan kemahiran literasi digital di samping mendidik serta meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n ilmu pengetahua­n dan maklumat.

Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan kerjasama Kerajaan Sarawak akan melaksanak­an program PANDei ini di seluruh Sarawak.

Bengkel ini mendedahka­n peserta program kepada digital dan media literasi di peringkat komuniti untuk menyediaka­n kemahiran transaksi dalam talian bagi rakyat Sarawak.

Melalui kelas celik maklumat, peserta memperoleh keupayaan mengenali maklumat diperlukan dan mempunyai keupayaan mencari, menilai dan menggunaka­n maklumat diperlukan dengan lebih berkesan.

Modul-modul ditawarkan dalam bengkel ini termasuk mengenal pasti keperluan maklumat, kaedah pencarian maklumat, langkah keselamata­n gajet mudah alih, dunia siber, media sosial, maklumat dan etika penduduk digital.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pustaka Miri di talian 085-422525 atau melalui e-mel kepada Mohd Khadzrie Mohd Ramzie Faizal (khadzrrf@sarawak. gov.my)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia