Utusan Borneo (Sarawak)

Keunikan gaya hidup orang laut di Semporna

Pulau-pulau terkenal, kehidupan Bajau Laut dikategori sebagai ‘nomad laut’ antara keistimewa­an Semporna

-

SEMPORNA: Keistimewa­an Semporna tidak hanya terletak pada pulau-pulau yang terkenal di dunia tetapi juga keunikan yang terdapat pada cara kehidupan masyarakat Bajau Laut yang dikategori­kan sebagai manusia ‘nomad laut’, ‘gipsi laut’ dan komuniti yang hidup dengan perahu yang masih lagi mengamalka­n cara hidup berpindah-randah.

Kebanyakan komuniti ini tinggal di daerah Semporna seperti Pulau Mabul, Boheydulan­g, Sibuan, Maiga, Mantabuan, Selakan, Tatagan dan Omadal.

Pulau Boheydulan­g, Selakan, Sibuan dan Mantabuan adalah sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran juga dikenali sebagai Taman Kepulauan Semporna, yang diwartakan pada 2004 sebagai taman ketujuh Sabah.

Pada 4 Februari lepas penulis telah diberi peluang menyertai sekumpulan pelancong dari China bagi menyambut Tahun Baharu Cina di Pulau Mabul.

Penulis tertarik pada gaya kehidupan orang laut ini. Selain bahasa ibunda, kebanyakan daripada mereka mungkin bukan semua, boleh bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan kefasihan yang sederhana.

Sungguhpun kebanyakan­nya buta huruf namun mereka menguasai kedua-dua bahasa ini untuk mencari nafkah ke-

Setiap hari kami bertemu dengan pelancong berbahasa Cina dan Inggeris di Mabul, Kami mendengar mereka bercakap dialek mereka dan kami menangkapn­ya secara perlahan kata-kata yang mereka gunakan untuk bertanya, tawar-menawar

kami. ” dan menolak tawaran

Otok

Orang Bajau Laut

hidupan dengan menjual hasil laut seperti udang kara, ketam. ikan, kupang, kerang dan pelbagai jenis cangkerang kepada pelancong.

Dalam banyak perkara mereka menghafal beberapa baris ayat atau perkataan atau hanya menyebut beberapa perkataan mudah.

“Setiap hari kami bertemu dengan pelancong berbahasa Cina dan Inggeris di Mabul, Kami mendengar mereka bercakap dialek mereka dan kami menangkapn­ya secara perlahan kata-kata yang mereka gunakan untuk bertanya, tawar-menawar dan menolak tawaran kami.

“Kami ingat kata- kata itu dan kemudian ucapkannya apabila bertemu dengan pelancong lain ,” kata seorang Bajau Laut berusia 40 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Otok.

Sejak bertahun-tahun seh- ingga sekarang mereka tinggal di laut dalam rumah bot yang diperbuat daripada kayu atau pondok yang dibina atas terumbu karang.

Kehidupan mereka bergantung kepada laut dengan menangkap ikan, mengutip kupang dan kerang selain memungut mutiara di pulaupulau terpencil.

Komuniti Bajau Laut ini terikat dengan laut dan jarang sekali mereka menjejakka­n kaki ke daratan.

Apabila mereka berada di darat semalam dua mereka akan ‘mabuk darat’. Mereka akan hanya turun ke darat untuk urusan menjual hasil tangkapan, mendapatka­n bekalan air bersih serta mengumpul kayu dan akan kembali ke bot mereka apabila malam melabuh tirai.

Bajau laut adalah penyelam yang luar biasa, dengan ke- banyakan mereka menguasai seni menyelam sehingga ke dalaman lebih daripada 20 meter sambil menahan nafas selama beberapa minit dan mereka melakukan ini ketika menangkap ikan, udang kara, timun laut (tripang) dan kehidupan laut yang lain.

Dengan melestarik­an jejak nenek moyang, mereka menampung hidup hanya daripada hasil laut,

Selain mempunyai kemahiran luar biasa dalam menangkap ikan dan menyelam mereka juga mahir membina rumah di atas laut dan perahu yang dibina sendiri yang di- panggil ‘lepa’

Perahu lepa mempunyai dua kaki di sebelah kiri dan kanan bagi memberi keseimbang­an ketika mengharung­i laut yang bergelora.

Namun nasib orang laut in masih tidak berubah kerana masih merupakan orang ‘tanpa negara’ sungguhpun kerajaan Sabah berusaha menelit mereka untuk tujuan kewarganeg­araan.

Kebanyakan anak- anak mereka tidak bersekolah kerana tidak mempunyai siji beranak dan ibu bapa pula tidak mempunyai kad pengenalan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAFKAH KEHIDUPAN: Penduduk menjual hasil laut seperti udang kara, ketam, ikan, kupang, kerang dan pelbagai jenis cangkerang kepada pelancong di Semporna, semalam.
— Gambar Bernama NAFKAH KEHIDUPAN: Penduduk menjual hasil laut seperti udang kara, ketam, ikan, kupang, kerang dan pelbagai jenis cangkerang kepada pelancong di Semporna, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia