Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Pesta Belon Udara Panas tetap hangat biarpun hujan

-

Biarpun hujan renyai-renyai di Padang Polo, lokasi Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2019, ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk menikmati pesta itu yang diadakan buat kali kelima.

Rata-rata pengunjung teruja menyaksika­n malam kemuncak majlis pelancaran pesta itu yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Yeoh Soon Hin berkata pesta belon udara panas merupakan satu-satunya pesta yang diadakan di sebuah pulau.

“Setiap tahun kami mem- bawakan kepada anda 15 belon udara panas dari serata dunia. Pada hari ini terdapat lima belon daripada ‘rakyat’ kita sendiri, Malaysia serta beberapa belon dari Sepanyol, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Slovakia, Jepun, Belgium, Vietnam dan Taiwan,” katanya pada majlis pelancaran pesta belon udara Pulau Pinang di sini malam kelmarin.

Yeoh berkata kebanyakan acara di Pulau Pinang adalah bersifat mesra keluarga dan berteraska­n keluarga.

“Acara-acara ini boleh disertai dan dilakukan bersamasam­a keluarga dan rakan taulan dan merupakan ruang dan peluang untuk menger- atkan silaturahi­m dan ikatan keluarga. Aktiviti- aktivit luar agak berkuranga­n pada masa kini kerana kebanyakan aktiviti melibatkan teknolog dan telefon pintar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Izzati Khairudin berkata kelainan pesta belon pada kali ini adalah dengan membawa belon baharu untuk dihayati pengunjung antaranya Nome, sebuah patung yang berada di Eropah.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menyasarka­n kehadiran pengunjung melebihi 100,000 orang pada tahun ini, sepanjang dua hari pesta tersebut berlangsun­g bermula semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia