Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun Baharu Cina: Polis sedia 2,000 cawan kopi

-

Polis mengagihka­n 2,000 cawan kopi kepada pengguna jalan raya pada hari terakhir Op Selamat Tahun Baharu Cina di sebuah stesen minyak di Jalan Persiaran Raya, di sini, malam kelmarin.

Program ‘Jom Minum Kopi: Rehat Sebentar Segarkan Badan dan Hilang Mengantuk’ itu untuk memberi keceriaan kepada pengguna jalan raya khususnya mereka yang melakukan pemanduan jauh terutama dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supt Abdullah Daud berkata, program itu adalah inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan bagi menjaga keselamata­n pengguna jalan dan menggalakk­an mereka berehat sebenar sebelum meneruskan perjalanan.

Katanya, program seumpama itu diadakan setiap tahun musim perayaan kerana memahami masalah utama terdedah kepada kemalangan disebabkan pemandu mengantuk dan sekurang-kurangnya mereka berhenti rehat sambil minum kopi percuma yang boleh menyegarka­n badan.

“Bandar ini terletak di tengah-tengah perjalanan dari Gua Musang-Kuala Lumpur sudah semestinya setiap pengguna perlu rehat sebentar untuk keselamata­n,” katanya kepada media selepas pengagihan minuman kopi itu.

Program itu turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusof, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Mohd Asmawi Fikri Ab Ghani, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Abdullah berkata, sepanjang Op Selamat selama 11 hari yang berakhir semalam (9 Feb) d daerah ini, sebanyak 926 saman dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya kerana pelbagai kesalahan dan meningkat sekali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak 408 saman.

Katanya, saman itu bertujuan mendidik pengguna mematuh peraturan jalan raya demi keselamata­n mereka dan pengguna lain.

Beliau berkata, sepanjang operasi berlangsun­g, hanya satu kemalangan maut dicatatkan.

“Kita sentiasa melakukan rondaan di semua jalan utama termasuk Jalan Gua MusangKual­a Krai, Kuala Lipis, Lojing, Kuala Berang dan Jel bagi memastikan semua laluan itu berjalan lancar dan selamat kepada semua pengguna,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia