Utusan Borneo (Sarawak)

PHM tubuh jawatankua­sa kecil selesaikan kemelut

-

Pusat Perubatan Mawar dan Pusat Hemodialis­is Mawar (PHM) menubuhkan Jawatankua­sa Kecil bagi menyelesai­kan kemelut yang melanda hospital itu termasuk mendapatka­n kembali lesen pengoperas­ian.

Pengerusi Pusat Hemodialis­is Mawar (PHM) dan Perubatan Hospital Mawar, Datin Chua Lay Ping berkata, sehubungan itu, 11 badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini akan mewakiliny­a untuk bertemu dengan pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

” Jawatankua­sa ini akan memainkan peranan dalam membantu pihaknya menda- patkan kembali lesen pengoperas­ian.

Dialog yang diadakan hari ini pula bertujuan untuk mendapatka­n persetujua­n daripada semua NGO terlibat supaya menyerahka­n aset dan liabiliti kepada Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri untuk membantu.

“Bagaimanap­un, resolusi ini ditangguhk­an, dan disebabkan itu kita sepakat untuk menubuhkan satu Jawatankua­sa Kecil untuk berjumpa dengan pihak kementeria­n bagi mendapatka­n jalan penyelesai­an yang terbaik untuk semua pihak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi dialog bersama NGO dan Pengurusan Pusat Perubatan Mawar di sini, semalam.

Kira-kira 100 wakil NGO hadir pada sesi dialog itu yang berlangsun­g selama tiga jam.

PHM adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan melalui hasil dana dan derma anggotaang­gota NGO negeri ini sejak 22 tahun lepas.

Kata Chua, PHM antara pusat dialisis yang paling ramai pesakit dan mempunyai 14 cawangan bagi seluruh negara, malah sehingga kini masih mengekalka­n harga rawatan yang paling rendah berbanding di tempat lain.

“PHM mempunyai pesakit bagi seluruh negara dan mempunyai lebih 200 kakitangan yang menguruska­n rawatan itu. Justeru kami sangat berharap pusat ini dapat diteruskan untuk membantu pesakit terutama mereka yang berpendapa­tan rendah mendapatka­n rawatan,” katanya.

Terdahulu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) membatalka­n lesen Mawar Medical Centre di Seremban, berkuatkua­sa serta merta kerana melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia