Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong usaha kembalikan status Sabah, Sarawak sebagai wilayah

Perkara ini termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63): Shafie

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar semua pihak menyokong usaha kerajaan untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah sebagaiman­a termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata perkara berkenaan telah dibincangk­an bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan mengenai MA63 baru-baru ini.

“Pada pertemuan itu kita telah bangkitkan perkara mengenai status kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah. Saya yakin Kerajaan Persekutua­n meluluskan perkara ini kerana ia telah termaktub dalam perlembaga­an dan tidak memer-

Kita telah menunggu perkara ini selama 60 tahun dan kini Perdana Menteri sudah memberikan ruang kepada kita untuk berbincang dan membantu kita… oleh itu kita tidak perlu tergesa-gesa dan apa yang penting usaha kita perlu

” disokong oleh semua pihak.

lukan sebarang undian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina 2019 Parti Warisan Sabah (WARISAN) Tanjung Aru, di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong bahawa kerajaan akan mengemukaa­n satu usul di parlimen bulan hadapan bagi mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai satu wilayah.

Mohd Shafie berkata ban- yak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk mengembali­kan hak-hak Sabah dan Sarawak sebagaiman­a termaktub dalam MA63, namun ia mengambil masa.

“Kita telah menunggu perkara ini selama 60 tahun dan kini Perdana Menteri sudah memberikan ruang kepada kita untuk berbincang dan membantu kita… oleh itu kita tidak perlu tergesa-gesa dan apa yang penting usaha kita perlu disokong oleh semua pihak,” katanya.

Pada 16 Septr 2018 semasa sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Dr Mahathir membuat pengumuman bahawa status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Semenanjun­g Malaysia akan dipulihkan. — Bernama

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia