Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen perangi dadah tunjuk hasil positif, kata Zulkifli

-

Pelaksanaa­n kempen perangi dadah habishabis­an yang masuk tahun ketiga pada tahun ini, menunjukka­n perkembang­an positif berdasarka­n penguranga­n zon berisiko tinggi di seluruh negara.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pada masa ini, hanya 87 kawasan masih dikategori­kan sebagai zon merah berbanding 178 kawasan sebelum ini.

Manakala, lima kawasan sudah dikategori­kan sebagai hijau iaitu kawasan paling kurang masalah dadah, manakala 86 kawasan lagi bertukar kepada zon kuning (kes dadah sehingga 30 peratus), tambahnya.

“Mengikut rekod, Pahang mempunyai kawasan berisiko tinggi paling banyak iaitu 115 buah di seluruh kawasan FELDA melibatkan 4,923 kes Orang Kena Pengawasan (OKP).

OKP kawasan FELDA di Rompin pula sebanyak 14.04 peratus atau 197 OKP meliputi 17 kawasan di FELDA Selancar, Selendang dan Keratong,” katanya semasa berucap di Majlis Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 di Dewan Semai Bakti, FELDA Keratong 3 di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Besar (Pembanguna­n Komuniti) FELDA Anuar Malek dan Pengarah AADK Pahang Rujhan Ramli.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata kerjasama strategik di antara FELDA dan AADK yang berterusan dilihat mampu mencapai matlamat membebaska­n negara dar belenggu dadah khususnya d tanah rancangan.

“Selaras dengan tema ‘FELDA Kita Tanggungja­wab Kita’, AADK tampil dengan inisiatif untuk melaksanak­an aktiviti-aktiviti berfokus seperti program Omnipresen­ce iaitu menggerakk­an pemuda dan belia menyebarka­n risalah berkaitan.

“Hasrat mencapai status FELDA bebas dadah mungkin agak sukar namun tidak mustahil jika program yang lebih bersasar ini lebih melekat di hati masyarakat terutamany­a kepada generas muda,” katanya.

Sementara itu, Anuar berkata, pelbagai cara yang dilakukan bagi meningkatk­an kesedaran kepada warga FELDA pelbagai peringkat umur mengenai bahaya dadah antaranya menerusi pameran ceramah dan kem motivasi.

“Penyalahgu­naan dadah mudah berkembang melalu pengaruh di kawasan berkelompo­k sekali gus memudahkan urus niaga jual bel dadah, penggunaan jarum suntikan dan sebagainya.

Pada masa kini juga, terdapat ramai pelajar peringkat sekolah mahupun pusat pengajian tinggi menggunaka­n amphetamin­e tanpa diketahu oleh ibu bapa yang kononnya untuk merangsang sistem saraf agar menjadi lebih bertenaga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia