Utusan Borneo (Sarawak)

Budi Abdul Bari tidak terbalas: Nordiana

Arwah yang kelihatan penat tetap gigih meskipun berulang kali terjun ke sungai

-

KUALA TERENGGANU: Kesungguha­n dan kegigihan Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, menyelamat bukan sahaja bagaikan memberi ‘ nyawa baharu’ tetapi budi yang tidak akan terbalas selamanya.

Nordiana Alwani Jaafar, 33, seorang daripada mangsa kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, di sini Jumaat lepas berkata arwah adalah orang pertama yang muncul untuk menyelamat.

Nordiana Alwani berkata beliau masih teringat-ingat bagaimana reaksi Allahyarha­m di dalam air yang bagaikan memberi semangat supaya menyelamat­kan diri.

“Paling tidak dapat dilupakan tindakan pantas menyelamat­kan anak saya yang berusia tiga tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit

Paling tidak dapat dilupakan tindakan pantas menyelamat­kan anak saya yang ” berusia tiga tahun.

Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Selain beliau, ibu tirinya, Suryati Rosli, 37, adik ibu tirinya, Asmaa Rusly, 23, anaknya, Iman Nur Hana Luthfia Mohd Amiruddin, 3, dan adiknya, Safawani Jaafar, 11, berada di dalam kenderaan tersebut dan tiga daripada mereka berjaya diselamatk­an oleh Allahyarha­m.

Menceritak­an kejadian tersebut, Nordiana Alwani berkata ketika itu apa yang difikirkan­nya hanyalah mati namun kehadiran Abdul Bari Asyraf menaikkan semangatny­a dan perkara pertama yang dilakukan adalah menyerahka­n anaknya yang berusia tiga tahun kepada arwah.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata sahaja kenderaan sudah tenggelam ke dasar.

“Selepas kereta terjunam ke dalam sungai, saya dan ibu tiri segera membuka tingkap di bahagian kiri dan kanan tempat duduk hadapan dan dalam masa sama nampak orang (Abdul Bari Asyraf) terjun ke sungai untuk membantu menyelamat,” katanya.

Katanya ketika kejadian itu, arwah dilihat kepenatan tetapi tetap gigih meskipun berulang kali terjun ke sungai terutama apabila melihat orang awam lain yang turut sama menyelamat sudah mengalami kekejangan otot.

Nordiana Alwani yang dibenarkan keluar dari hospital kira-kira 10 pagi semalam turut menemui keluarga arwah hingga menarik perhatian orang awam apabila dilihat menangis sambil memeluk keluarga terdekat arwah sambil mengucapka­n permohonan maaf serta terima kasih berkali-kali.

Ibu Abdul Bari Asyraf, Masitah Awang, 60, yang turut ditemui berkata walaupun sedih kehilangan anak ketiga daripada lapan anaknya itu, beliau tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya anaknya ditemui dan dapat dikebumika­n.

Katanya, arwah yang masih bujang dan bekerja sebaga jurukimpal itu adalah seorang yang periang dan disenang rakan dan taulan.

“Meskipun hanya mampu melihat jasadnya yang kaku tetapi saya tetap bersyukur kerana anak saya ditemui Kami telah berkampung d lokasi kejadian sejak malam Jumaat dan akan pulang sekejap ke rumah pada awal pag untuk solat Subuh sahaja,” katanya.

Jenazah Abdul Bari Asyraf selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Suasana pilu menyelubun­g hampir 500 anggota keluarga saudara-mara dan penduduk kampung yang hadir.

Sebelum itu, jenazah Allahyarha­m telah disembahya­ngkan di masjid kampung sama selepas solat Zuhur. — Bernama

Nordiana Alwani Jaafar Mangsa

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPAS: Anggota Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP merampas papan tanda bagi senarai harga makanan dan minuman yang mengeliruk­an pelanggan dalam Operasi Tanda Harga di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Keempat dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama RAMPAS: Anggota Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP merampas papan tanda bagi senarai harga makanan dan minuman yang mengeliruk­an pelanggan dalam Operasi Tanda Harga di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Keempat dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia