Utusan Borneo (Sarawak)

Empat premis kedai makan di Kota Bharu dikenakan kompaun

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengenakan kompaun kepada empat premis kedai makan di sini yang menggunaka­n tanda harga mengeliruk­an pelanggan.

Pengarahny­a, Khalid Tik berkata kesemua premis itu dikenakan kompaun semasa operasi pemeriksaa­n tanda harga dilakukan oleh 25 pegawai dan anggotanya di premis Medan Usahawan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV.

“Operasi itu dijalankan selepas pihak kami menerima aduan daripada pengguna berikutan harga yang dikenakan tidak sama dengan tanda harga dipamerkan di premis terbabit.

“Pada operasi itu sebanyak 12 premis perniagaan diperiksa dan hanya empat premis perniagaan melakukan kesalahan terbabit,” katanya ditemui pemberita selepas melakukan operasi berkenaan di sini, semalam.

Khalid berkata, keempat-empat premis terbabit dikompaun berikutan melakukan kesalahan di bawah Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993 yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 bagi kesalahan pertama manakala bagi bukan pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

“Kita tidak mahu peniaga menggunaka­n tanda harga murah bagi menarik pelanggan berkunjung ke premis terbabit sedangkan harga sebenar dikenakan tidak sepert yang dipamerkan,” katanya

Katanya sepanjang tahun ini sebanyak 2,441 premis diperiksa melibatkan tanda harga di seluruh negeri ini.

“Maklumat orang awam penting untuk pihaknya mengambil tindakan terhadap peniaga yang menggunaka­n taktik tersebut bagi mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan.

Kita akan melakukan operasi berkala sepanjang tahun in bagi mengenal pasti premisprem­is perniagaan menggunaka­n ‘taktik’ perniagaan itu bagi menipu masyarakat khususnya masyarakat luar neger ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia