Utusan Borneo (Sarawak)

Semenyih berpotensi dibangun sebagai ‘bicycle tourism’

-

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Semenyih berpotensi untuk dijadikan lokasi ‘bicycle tourism’ berikutan kemudahan trek yang baik di kawasan tersebut.

Syed Saddiq berkata kementeria­n akan berbincang dengan kementeria­n berkaitan termasuk pihak berkepenti­ngan serta mereka yang terlibat dalam sukan berbasikal bagi menaik taraf kemudahan riadah di kawasan itu.

“Kawasan ini memang banyak orang datang untuk berbasikal, saya akan berbincang termasuk bersama penggiat sukan berbasikal jika kita dapat bangunkan infrastruk­tur, bicycle tourism berpotensi besar di sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke Dewan Undangan Negeri ( DUN) Semenyih di sini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata kemudahan sukan di kawasan tersebut seperti padang bola, gelanggang futsal dan sepak takraw akan dinaik taraf kerana terdapat atlet pelapis berpotensi yang sedang digilap dari DUN itu termasuk pemain hoki.

Menyentuh mengenai peluang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melahirkan keyakinan khidmat kepada rakyat akan mengekalka­n penguasaan PH di kawasan itu.

“Paling mustahak apa yang (kita) nak lihat adalah Pakatan Harapan akan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Katanya senarai calon daripada BERSATU telah diserahkan kepada presiden parti serta perdana menteri dan Armada akan memberikan sokongan penuh kepada siapa sahaja yang terpilih.

Bagaimanap­un, beliau berharap calon muda dipertimba­ngkan untuk menjadi calon PRK berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai program lawatan itu, Syed Saddiq berkata ia tidak ada kena-mengena dengan PRK DUN tersebut yang akan diadakan 2 Mac ini.

Sebaliknya program ini telah lama dirancang memandangk­an beliau pernah melawat DUN itu sebelum pilihan raya umum lalu, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR MASALAH PENDUDUK: Syed Saddiq (tiga kiri) meninjau dan mendengar keluhan penduduk berkenaan keadaan padang berhampira­n Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang pada lawatan beliau ke daerah Hulu Langat di Semenyih, semalam.
— Gambar Bernama DENGAR MASALAH PENDUDUK: Syed Saddiq (tiga kiri) meninjau dan mendengar keluhan penduduk berkenaan keadaan padang berhampira­n Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang pada lawatan beliau ke daerah Hulu Langat di Semenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia