Utusan Borneo (Sarawak)

Marzuki dilantik sebagai timbalan menteri atas kredibilit­i: Waytha

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dipilih oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dasar kredibilit­i, kekuatan politik dengan pihak akar umbi dan sumbangan beliau kepada kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Mei 2018.

Waytha Moorthy dalam satu kenyataan semalam berkata, isu Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempunyai ijazah yang tidak diiktiraf bukanlah kriteria untuk beliau dilantik di dalam pentadbira­n sekarang ini.

“Marzuki telah menjelaska­n isu mengapa beliau memperoleh ijazah berkenaan, yang berlaku kira-kira 17 tahun yang lepas dan ini sepatutnya sudah memadai untuk beliau meneruskan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Luar,” katanya.

Waytha Moorthy berkata, para pemimpin PH adalah berkredibi­liti meskipun di tahap mana pendidikan tinggi mereka.

“Mereka mampu dan berupaya untuk memenuhi kehendak orang ramai yang mahukan Malaysia dipulih semula, yang kini berusaha untuk membasmi rasuah dan salah laku,” katanya.

Waytha Moorthy berkata, hingga kini, Marzuki telah melaksanak­an prestasi yang bagus dalam kapasitiny­a sebagai Timbalan Menteri Luar dan diterima baik oleh orang ramai dan para perwakilan luar.

Beliau berkata, ‘pendedahan’ bahawa Marzuki memegang ijazah yang dipertikai­kan, hanya bermotifka­n politik yang bertujuan mencemarka­n kerajaan PH oleh pihak pembangkan­g.

“Saya berharap rakyat Malaysia, yang mengundi untuk kerajaan baharu bagi menamatkan rejim 60 tahun itu yang diketuai oleh Barisan Nasional, akan menyedari ba- hawa tindakan oleh sesetengah pihak untuk mengetenga­hkan perkara bukan menjadi isu ini hanyalah untuk mencalar kredibilit­i dan keyakinan yang diletakkan rakyat kepada kerajaan Pakatan Hasrapan,” katanya.

Pada Jumaat, Marzuki menunjukka­n satu salinan transkrip rekod akademik dan sijil ijazahnya dari Cambridge Internatio­nal University (CIU) di Amerika sebagai bukti bahawa beliau seorang lulusan CIU dan bukannya University of Cambridge, United Kingdom.

Aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef membuat laporan polis terhadap pemegang akaun Facebook, Zulfahan Pagon yang mendakwa bahawa program pendidikan jarak jauh bagi pentadbira­n perniagaan yang diambil oleh Marzuki tidak wujud di University of Cambridge.

Zulfahan Pagon memuatkan posting itu pada 3 Februari.

Mengulas mengenai isu sama, Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata kedudukan dan jawatan pemimpin Pakatan Harapan yang terpalit isu kelayakan akademik selayaknya diserahkan kepada Perdana Menteri untuk sebarang tindakan.

“Terpulang kepada penilaian Perdana Menteri sama ada beliau melantik seseorang itu atas dasar memiliki ijazah atau atas dasar lain.

“Kadang kala orang yang tidak mempunyai ijazah tetapi boleh buat kerja dengan baik menyebabka­n dia dipilih oleh Perdana Menteri menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet,” katanya kepada pemberita pada program Kenduri Rakyat peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di padang bola sepak Sri Johor di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif menentukan kedudukan pemimpin sekiranya dakwaan itu terbukti benar.

“What is most important is to give leeway to the Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to decide on the particular decision as he has the prerogativ­e as the Prime Minister (Apa yang penting ialah memberi kelonggara­n kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan bag keputusan tertentu memandangk­an beliau mempunya prerogatif sebagai Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia