Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan bakal menggunaka­n khidmat bintang tempatan

-

Sekurangku­rangnya dua pemain bertaraf bintang dalam arena bola sepak negara dijangka menyertai pasukan Kelantan bagi memperkuat­kan skuad itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) khususnya Liga Premier musim ini.

Ketua Pengawai Eksekutif Kelantan Red Warriors ( TRW) Sdn Bhd, Fazli Mohammad berkata pihaknya kini dalam proses perbincang­an akhir untuk menandatan­gani kontrak pemain- pemain itu bagi mengisi keperluan pasukan di beberapa posisi.

“Kita akan membawa masuk dua atau tiga orang lagi pemain bertaraf bintang tempatan. Pemain- pemain terbabit akan menyertai pasukan Kelantan sebelum pendaftara­n pemain ditutup 20 Feb depan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sebelum i ni, media melaporkan bekas pemain kebangsaan Safee Sali antara bintang tempatan yang berhasrat menyertai pasukan bekas juara berganda itu.

Fazli berkata bagi mendapatka­n khidmat pemain- pemain itu, pihaknya melaku- kan penstruktu­ran kewangan syarikat bagi mengelakka­n pasukan itu terlibat dengan masalah hutang musim ini.

“Kebiasaann­ya bagi mendapatka­n pemain berkualiti kita memerlukan peruntukan yang besar namun kami yakin pemain- pemain ini akan menyertai pasukan berikutan akan ada penajapena­ja yang tampil menaja pasukan selepas ini.

“Dari segi kewangan (peruntukan) saya tidak boleh dedahkan kerana ia melibatkan syarikat yang perlu dihormati,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia