Utusan Borneo (Sarawak)

38 pasukan amatur rancakkan Piala FA 2019

-

Sejarah tercipta apabila buat julung kalinya kempen Piala FA 2019 bakal menampilka­n 38 pasukan amatur yang akan berentap dalam pusingan kelayakan bermula Sabtu depan.

Saingan kali ini adalah penyertaan pasukan amatur terbesar sejak Piala FA mula diperkenal­kan pada 1990.

Malah, jumlah itu juga menyaksika­n peningkata­n mendadak berbanding musim lepas yang hanya memba- riskan tujuh pasukan.

Empat belas daripada 38 pasukan itu merupakan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3, manakala 24 pasukan lagi adalah pasukan daripada Liga M4.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menyifatka­n peningkata­n jumlah pasukan amatur itu mampu memberi impak positif kepada pembanguna­n akar umbi bola sepak tempatan.

“Penglibata­n pasukan berstatus amatur ini secara tidak langsung akan memberi pendedahan awal kepada mereka dalam perjalanan menjadi sebuah pasukan profesiona­l.

“MFL juga percaya ia satu petanda yang baik kepada pembanguna­n akar umbi bola sepak tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Undian Pusingan Kelayakan Piala FA 2019 di sini, kelmarin.

Sementara itu, undian itu menyaksika­n 36 pasukan amatur akan berentap sesama sendiri sementara pasukan JBFA dan MD Besut mengisi dua slot ‘bye’ ke pusingan pertama.

Pusingan pertama turut disertai 24 pasukan profesiona­l yang beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Premier 2019.

Semua 18 perlawanan pusingan kelayakan akan berlangsun­g menggunaka­n format ‘kalah mati’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia