Pink akan diberi pengiktirafan di Anugerah BRIT
Co, menyiarkan majlis Anugerah Oscar menerusi televisyen setiap tahun dan terbabit dalam merancang siarannya.
Pelawak Kevin Hart pada Disember lalu menarik diri daripada menjadi hos Anugerah Oscar selepas tweet homofobia pada masa lalu muncul semula.
Tiada pengganti diumumkan tetapi tiada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai bagaimana majlis itu akan berlangsung.
Majlis Anugerah Oscar pernah berlangsung tanpa hos hanya sekali sahaja sebelum ini dalam Televisyen di bandar pinggir Los Angeles, Pasadena.
Dia berkata ‘Academy of Motion Picture Arts and Sciences’, yang menganjurkan Anugerah oscar, berjanji kepada ABC pada tahun lepas untuk membataskan siaran kepada tiga jam – kirakira 30 minit lebih pendek berbanding pada beberapa tahun sebelum ini.
“Jadi para penerbit, saya rasa, membuat keputusan dengan bijaksana untuk tidak menggunakan hos dan kembali kepada penyampai dan filem sebagai bintang-bintang,” kata Burke.
Hos Anugerah Oscar menurut tradisi membuka majlis dengan monolog lawak yang memberi tumpuan kepada selebriti, keadaan industri perfileman selain isu-isu kebudayaan dan politik.
Dia menambah, spekulasi mengenai keadaan majlis itu adalah tanda yang menggalakkan bahawa Anugerah Oscar masih relevan.
Audiens sudah menurun sejak beberapa tahun lalu dengan majlis pada 2018 yang menarik sekadar 26.5 juta penonton, jumlah paling kecil dalam sejarahnya.
“Saya mendapati keadaan yang tidak jelas di sekitar Anugerah Oscar telah mengekalkan Anugerah Oscar dalam perbualan dan misteri itu benar-benar menarik. Orang sebenarnya mengambil berat,” katanya.
Drama Mexico ‘Roma’ dan komedi sejarah Britain ‘The Favourite’ mendahului pencalonan Oscar masing-masing dengan 10 pencalonan.
Burke berkata tiga calon filem terbaik lain – ‘Black Panther’ terbitan Disney, ‘A Star is Born’ terbitan Warner Bros, dan filem muzikal terbitan 21st Century Fox ‘Bohemian Rhapsody’ – masing-msing mengaut lebih AS$200 juta di ‘box office’ Amerika Utara sahaja.
“Saya rasa kita akan melihat ramai orang datang untuk ini kerana ini adalah filemfilem besar dan popular yang telah dicalonkan,” katanya.
— Reuters BINTANG pop Pink akan menerima Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Muzik di Anugerah BRIT pada tahun ini, kata penganjur penganugerahan muzik pop di Britain barubaru ini, dan memilih penyanyi-penulis lagu Amerika itu sebagai artis antarabangsa pertama untuk menerima hadiah tersebut.
Pemenang Anugerah Grammy itu, yang terkenal dengan lagu-lagu hit yang menduduki tempat teratas carta seperti ‘Raise Your Glass’, ‘Just Like a Pill’ dan ‘What About Us’ sejak dia mengeluarkan album sulungnya pada 2000, menyertai legenda seperti David Bowie, Elton John, Queen dan Spice Girls sebagai penerima anugerah itu.
“Sejak karier saya bermula, peminat British merupakan antara yang paling tegar dan setia di dunia,” Pink menyebut dalam satu kenyataan. “Saya rasa terharu untuk menerima penghormatan ini dan berada dalam lingkungan sekumpulan ikon British yang ternama.” Pink, yang menjual lebih 40 juta album di seluruh dunia, juga akan menutup pertunjukan di acara pada 20 Februari itu, yang akan diadakan di London.
Tiga penyanyi, Anne-Marie, Dua Lipa dan Jess Glynne merupakan antara calon-calon untuk anugerah pada tahun ini. — Reuters