Utusan Borneo (Sarawak)

Angka kematian akibat Ebola di DRC lepasi 500

-

Lebih 500 mati akibat wabak Ebola yang terbaharu di Republik Demokratik Congo ( DRC), namun satu program suntikan vaksin telah menghalang ribuan lagi kematian, menurut kementeria­n kesihatan di negara tersebut.

“Secara keseluruha­n, terdapat 502 kematian dan 271 orang yang telah dirawat,” menurut buletin kementeria­n kesihatan yang disiarkan lewat Jumaat lepas, melaporkan tentang wabak di bahagian timur negara.

Namun Menteri Kesihatan Oly Ilunga Kalenga menya- takan, buat pertama kalinya program pemberian vaksin melindungi 76,425 orang dan menghalang ribuan kematian.

“Saya mempercaya­i kami telah menghalang penyebaran epidemik di bandar-bandar besar di wilayah ini,” jelas beliau.

“Beberapa pasukan telah berjaya untuk mengawal penyebaran epidemik ke negara-negara berhampira­n.

“Masalah paling besar adalah mobiliti tinggi populasi,” tambah menteri tersebut.

Wabak bermula pada Ogos lepas di wilayah Kivu Utara, yang bersempada­n dengan Uganda dan Rwanda.

Sayap Sepanyol bagi agensi bantuan Doctors Without Borders (MSF) melaporkan dalam Twitter kelmarin bahawa terdapat peningkata­n dalam kes-kes sejak 15 Januari.

Rwanda, Uganda dan Sudan Selatan, seterusnya di utara, semuanya dalam keadaan berjaga-jaga, tambahnya.

Situasi keselamata­n di bahagian timur negara, di mana pemberonta­k bersenjata telah menjejaska­n populasi selama beberapa tahun, menyukarka­n usaha merawat penyakit itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia