ECRL: Tingkat penyertaan kontraktor tempatan jika projek masih diteruskan
Ke r a j a a n y a n g k i n i dalam proses rundingan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur ( ECRL) digesa memperhebatkan penyertaan kontraktor tempatan sekiranya projek itu diteruskan, kata Naib Presiden MCA Senator Datuk Seri Ti Lian Ker.
“ECRL adalah projek untuk rakyat Malaysia. Memandangkan projek itu kini dalam proses diteliti semula, kita perlu mengambil kesempatan untuk meningkatkan penyertaan penggiat serta unsur tempatan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian s e b a g a i m e n g u l a s keputusan kerajaan untuk membincangkan semula projek ECRL.
Pada akhir bulan lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang keputusan membabitkan ECRL dimuktamadkan setakat ini.
Menurut beliau: “Pada masa ini, tiada sebarang keputusan dibuat dan kita perlu mencari penyelesaian yang baik.”
Mengulas selanjutnya, Ti turut menyifatkan rundingan semula itu sebagai kesempatan terbaik untuk melihat bagaimana Malaysia dapat memanfaatkan kontrak itu selain aspek penjimatan kos, khususnya dengan mengambil kira kewujudan syarikat rel tempatan yang dapat melaksanakannya pada kos lebih kecil.
Ti berkata, negara ini juga memiliki banyak kontraktor rel yang berwibawa dengan rekod prestasi baik dari segi pembabitan dalam projekprojek rel tempatan.
Perkhidmatan rel Malaysia turut dikenal pasti sebagai penggerak utama awam dalam usaha merancakkan lagi pengangkutan awam dan industri itu bukanlah asing kepada kontraktor tempatan, katanya.
Beliau berkata, sejak akhir abad ke- 20, kontraktor Malaysia telah menyertai projek pembinaan rel, termasuk Ekspres KLIA dan Transit KLIA yang beroperasi pada 2002.
Di Lembah Klang misalnya, banyak projek ‘ greenfield’ atau yang bermula dari asas seperti Transit Aliran Ringan (LRT) sehinggalah Transit Aliran Massa (MRT) yang telah dilaksanakan.
S e j a j a r u s a h a m e m p e r t i n g k a t k a n infrastruktur pengangkutan awam Lembah Klang, projek landasan berkembar Lembah Klang yang bermula pada 2016 membabitkan p e n a m b a h b a i k a n infrastruktur dan sistem bagi memastikan perkhidmatan kereta api yang selamat, selesa dan boleh diharapkan.
Ini, katanya, hanya menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar berkelas dunia yang dibina hasil titik peluh kontraktor tempatan.
“Kita perlu mengenal pasti kontraktor tempatan yang terbukti berjaya dalam tugasan sebelum ini. Ia membabitkan aspek nasionalisme. Kontraktor kita sendiri yang membina ECRL dengan pembabitan kecil warga asing. Inilah bukti kembalinya semangat Malaysia Boleh,” katanya.
Kontraktor itu termasuk YTL, Sunway, Gamuda, MMC, Dhaya Maju Infrastructure ( Asia) dan WCT.
YTL Construction misalnya terbabit menyiapkan stesen kereta api dan bahagian kerja sivil bagi perkhidmatan keretapi berkelajuan tinggi pertama Malaysia yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) ke ibu negara.
Ia membabitkan pembinaan landasan sejauh 57 kilometer dengan kelajuan 176 kilometer sejam dan tempoh perjalanan 28 minit bagi menghubungkan KLIA ke pusat bandar.
Sunway pula merupakan satu-satunya kontraktor yang berpengalaman dalam LRT, MRT dan Bas Rapid Transit (BRT).
Gamuda Bhd terbabit dalam projek tempatan dan asing dalam MRT termasuk laluan Sg Buloh-Serdang-Putrajaya; Sungai Buloh-Kajang; projek landasan berkembar elektrik serta MRT Kaohsiung Metropolitan yang siap pada 2008.
Dhaya Maju Infrastructure ( Asia) pula merupakan s y a r i k a t B u m i p u t e r a tempatan dalam bidang kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur.
Ia yang didaftarkan sebagai kontraktor ‘PKK Kelas A’ Bumiputera dan CIDB G7, juga berpengalaman luas dalam bidang pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan landasan rel dengan sistem elektrik.
Dhaya Maju juga telah dianugerahkan kontrak fasa 1 Projek Landasan Berkembar Lembah Klang ( KVDT) yang bermula pada suku ketiga 2016 dan fasa 2 pula dianugerahkan pada awal 2018.
WCT Group pula menyertai pelbagai pakej LRT3 dan MRT2 manakala MMC adalah rakan pelaksana projek dan kontraktor pakej kerja bawah tanah untuk projek MRT Lembah Klang sejauh 51 kilometer (Laluan Sungai Buloh-Kajang)
MMC terbabit dalam pembinaan terowong berkembar Bukit Berapit yang juga terowong rel terpanjang di Asia Tenggara dan sebahagian daripada Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar sejauh 329 kilometer.
UEM Builders pula menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Construction Sdn Bhd, mengambil alih serta menerajui projek landasan berkembar elektrik itu daripada DRB Hicom.
Pada masa ini, Malaysia m e m p u n y a i k a p s i t i memasang 200 gerabak kereta api setahun bagi tujuan pasaran tempatan dan berpotensi melipatgandakan kemampuan tersebut. — Bernama