Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20 syarikat tempatan akan dipanggil melabur di Sabah

-

Lebih 20 syarikat tempatan Sabah yang berdaftar di Bursa Malaysia akan dipanggil membincang­kan pelaburan bagi pembanguna­n negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, langkah itu bertujuan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi negeri dan meningkatk­an peluang pekerjaan untuk anak- anak Sabah selain memastikan syarikat terbabit turut menyumbang kepada pembanguna­n negeri.

“Saya akan panggil satusatu (syarikat terbabit) bagi memastikan mereka ini dapat melabur di peringkat negeri...jangan hanya daftar di peringkat negeri sahaja tetapi tidak memberi (sumbangan) pulangan kepada penduduk.

“Saya yakin ( ini dapat dilaksanak­an) dan sudah mulakannya dengan tauke Hap Seng ( Pengerusi Hap Seng Consolidat­ed, Tan Sri CK Lau) dan saya minta beliau supaya melabur di sini. Beliau beritahu akan melabur RM1 bilion di Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di di sini, kelmarin.

Rumah terbuka anjuran Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong itu turut dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew dan Datuk Jaujan Sambakong selain lebih 1,000 penduduk.

Selain itu, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri juga akan mengambil langkah bagi kemudahan pelabur termasuk mempercepa­tkan proses permohonan berkaitan.

“Jangan banyak sangat karenah birokrasi dalam ha memberi kelulusan. Kita ber kelulusan ini bukan untuk bangunkan negeri tetapi juga pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan langkah ini perlu direalisas­ikan,” katanya.

Mohd Shafie turut menegaskan bahawa beliau mahukan pembanguna­n yang seimbang di Sabah dan tidak hanya tertumpu di daerah tertentu.

Beliau juga menyedar cabaran yang perlu dilalu bagi membangunk­an Sabah dan menegaskan pemimpin bertanggun­gjawab akan m e n y e l e s a i k a n d a n b u k a n n y a m e n g e l a k masalah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia