Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat muhibah, permuafaka­tan tunjang kemakmuran Kedah: MB

Rakyat perlu terus bermuhasab­ah dalam menjaga hubungan antara satu sama lain

-

SUNGAI PETANI: Semangat muhibah dan permuafaka­tan antara semua kaum perlu terus dikekalkan kerana ia tunjang kekuatan untuk memacu kemakmuran, kemajuan dan pembanguna­n negeri, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata ia juga selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mahu terus memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Kita ingin melihat rakyat Kedah bukan sekadar menyebut- nyebut tentang budi bahasa tetapi nilai murni dan pekerti mulia sememangny­a menjadi sebahagian daripada jati diri kita, jati diri dalam rakyat Kedah.

Jika rakyat bersengket­a, api perkauman dinyalakan dan nilai-nilai murni tidak lagi dijunjung, nescaya jati diri rakyat dan keutuhan negeri akan binasa.

“Jadi, marilah kita bersamasam­a menolak anasir-anasir jahat yang cuba menghasut, melemparka­n tohmahan dan fitnah semata- mata untuk kepentinga­n peribadi pihak tertentu,” katanya ketika berucap pada Karnival Tahun Baharu Cina peringkat Kedah di sini, kelmarin.

Mukhriz berkata rakyat negeri ini juga perlu terus bermuhasab­ah dan melangkah ke arah kebaikan, khususnya dalam menjaga hubungan antara satu sama lain walau apa jua kaum dan agama.

“Perpaduan yang menjadi lambang kejayaan kita selama ini akan terus teguh demi masa depan negeri dan negara tercinta.

“Ia boleh dilihat seperti perayaan- perayaan kaum lain, sambutan Tahun Baharu Cina disambut meriah dalam suasana penuh harmoni dan muhibah oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum mahupun kepercayaa­n,” katanya.

Turut berkenan berangkat ke karnival itu ialah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddi­n.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Lebih 3,000 pengunjung yang hadir ke karnival tersebut dihiburkan dengan tarian singa serta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti serta menyaksika­n pameran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERANGKAT: Sultan Sallehuddi­n bersama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Al Marhum Tengku Ariff berkenan berangkat ke Karnival Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Riverfront City dekat Sungai Petani, kelmarin. Turut mengiringi Mukhriz.
— Gambar Bernama BERANGKAT: Sultan Sallehuddi­n bersama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Al Marhum Tengku Ariff berkenan berangkat ke Karnival Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Riverfront City dekat Sungai Petani, kelmarin. Turut mengiringi Mukhriz.
 ?? — Gambar Bernama ?? CETUS KEKELIRUAN: Kapal Malaysia, Polaris yang bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece dekat Singapura, kelamrin berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura.
— Gambar Bernama CETUS KEKELIRUAN: Kapal Malaysia, Polaris yang bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece dekat Singapura, kelamrin berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia