Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 25 Februari

-

Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok akan dilanjutka­n sehingga 25 Feb ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Beliau berkata orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di rumah dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytihar­kan itu antara 6 petang dan 6 pagi pada tempoh tersebut.

“Perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Omar berkata perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZone.

Katanya perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamata­n.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone bag mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bag tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia