Utusan Borneo (Sarawak)

Gotong-royong pupuk sikap tanggungja­wab jaga kebersihan

-

Gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan malah kurang dipraktikk­an dalam gaya hidup moden masa kini.

Kebaikan amalan gotongroyo­ng bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi menerapkan sikap bertanggun­gjawab penduduk atau sesebuah komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Jaffari William berkata aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratka­n hubungan silaturahi­m di kalangan penduduk di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, gotongroyo­ng bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi mengukuhka­n persaudara­an dan semangat kekitaan peserta dan penduduk setempat.

“Pendekatan gotong-royong bersama-sama penduduk jarang sekali dilihat diamalkan di sesetengah tempat khususnya dalam bandar. Kita harap melalui program seperti ini dapat mengambil inisiatif menghidupk­an semula budaya ini,” katanya.

Jaffari berkata demikian selepas Program Gotong-Royong bersama Kawasan Rukun Tertangga ( KRT) Sungai Manila Batu 12 dengan Jabatan Kesihatan, Hemico, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Perpaduan, Majlis Perbandara­n Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan pemimpin kawasan Libaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila Batu 12.

Beliau melahirkan rasa gembira melihat persekitar­an di PPR Sungai Manila Batu 12 yang selesa dan sangat pent- ing menjaga persekitar­annya agar kawasan ini kekal ceria dan bersih.

“Saya juga berharap penganjura­n program gotongroyo­ng ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan kita penduduk dan bersatu hati dalam semua hal itulah dinamakan rukun tetangga.

“Saya juga mengharapk­an semua ketua blok di PPR Sungai Manila ini menjaga persekitar­an dari pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Jaffari yang juga Ketua PKR Cabang Libaran menjelaska­n kesedaran menjaga kebersihan tempat tinggal merupakan perkara asas bagi memastikan kawasan berisiko tinggi pembiakan nyamuk aedes dapat dihapuskan secara berkesan.

“Bagi menangani kes demam denggi, penduduk juga perlu mengadakan gotong-royong, tetapi yang amat penting setiap penghuni perlu memeriksa tempat berisi air bertakung dalam atau luar rumah.

“Pemeriksaa­n harus dilakukan selalu dan dibersihka­n secara berkala. Pastikan kawasan air bertakung diperiksa setiap hari dan gantikan air baharu dalam alas pasu atau tadahan air sekurang-kurangnya setiap lima hari,” katanya.

 ??  ?? GEMBLENG TENAGA: Jaffari memotong rumput sambil diperhatik­an sebahagian jawatankua­sa yang hadir.
GEMBLENG TENAGA: Jaffari memotong rumput sambil diperhatik­an sebahagian jawatankua­sa yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia