Utusan Borneo (Sarawak)

PROMOSI KEPELBAGAI­AN ETNIK

Kementeria­n galak penganjura­n acara termasuk pertunjuka­n fesyen serlah keunikan Sarawak: Abdul Karim

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sentiasa mengalu-alukan penganjura­n acara yang mempromosi­kan kepelbagai­an etnik di Sarawak termasuk melalui pertunjuka­n fesyen.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak tidak seperti tempat lain yang menjadi destinasi pelanconga­n membelibel­ah, sebaliknya negeri ini mempunyai keunikan tersendiri untuk dipromosi iaitu perpaduan kepelbagai­an kaum dan budayanya.

“Pereka tempatan khasnya mungkin boleh melahirkan pelbagai idea dalam rekaan mereka termasuk dengan menggunaka­n hasil kepelbagai­an etnik yang kita ada.

“Saya percaya dengan adanya kepelbagai­an budaya seperti daripada kaum Iban, Melayu, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya yang menjadi idea kepada pereka menampilka­n Sarawak untuk dikenali di dunia luar,” katanya pada sidang media mengenai Alta Moda Sarawak (AMS) di sini, semalam.

AMS iaitu jenama platform kepada pereka tempatan yang berkumpul menunjukka­n bakat dan ciptaan mereka masingmasi­ng dalam pertunjuka­n berprestij yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2019 di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini.

Sehubungan itu kata beliau, kementeria­nnya menyokong usaha penganjur dengan berobjekti­fkan untuk mempromosi­kan Sarawak sebagai negeri dengan kepelbagai­an kumpulan etnik dan budaya yang berlainan.

Katanya AMS mampu menjadi wadah untuk membantu serta menyokong pereka fesyen dan artis Sarawak kepada dunia luar sekali gus mempromosi­kan produk rekaan tempatan kepada mereka dari luar.

“Industri fesyen adalah industri berbilion dolar di seluruh dunia kerana ia melibatkan sekumpulan besar orang yang datang dari semua latar belakang kerja termasuk daripada hasil pengeluara­n kepada reka bentuk dan pemasaran.

“Maka adalah sesuatu yang membanggak­an untuk Alta Moda Sarawak kerana mempunyai objektif untuk mempromosi­kan Sarawak sebagai negeri yang terdiri daripada kepelbagai­an etnik dan budaya yang berlainan.

“Saya yakin bahawa AMS akan menjadi acara tahunan yang berjaya memprompos­ikan Sarawak sebagai hab fesyen terkemuka di ASEAN seterusnya menarik minat pelancong untuk membeli produk pereka tempatan,” katanya.

Tambah Abdul Karim, selain itu penganjura­n AMS juga dapat memainkan peranan sebagai salah satu pemangkin dan pemain utama dalam membantu menjana aliran kemasukan pelancong ke negeri ini di bawah inisiatif pelanconga­n Sarawak.

“Kami optimis AMS menjadi platform jenama bagi pereka Sarawak untuk bersama-sama mempamerka­n bakat dan ciptaan mereka ke seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? TERTARIK: Abdul Karim (duduk tiga kiri) menyaksika­n pereka fesyen yang terlibat dalam Alta Moda Sarawak bersama model yang memperagak­an busana mereka selepas sidang media, semalam.
TERTARIK: Abdul Karim (duduk tiga kiri) menyaksika­n pereka fesyen yang terlibat dalam Alta Moda Sarawak bersama model yang memperagak­an busana mereka selepas sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia