Utusan Borneo (Sarawak)

GAMBARAN LEBIH DEKAT

Inkues Adib: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian.

-

Prosiding hari kedua inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bermula dengan Koroner Rofiah Mohamad melawat lokasi kejadian rusuhan berhampira­n Kuil Sri Mahamariam­man di USJ25, Subang Jaya dekat sini, semalam.

Beliau tiba kira-kira 11.20 pagi bersama beberapa pihak berkepenti­ngan dan tiga saksi dalam kes itu yang mendapat liputan meluas pihak media.

Mereka disertai oleh pegawai- pegawai pengendali inkues, timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim Hamzah.

Turut hadir pasukan pe- guam yang mewakili keluarga Muhammad Adib serta peguam mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Majlis Peguam.

Saksi kedua inkues, Md Elliza Mohd Noor kemudian dilihat memberi keterangan kepada koroner dan pihak terlibat di lokasi kebakaran kereta di tepi jalan berhampira­n kuil.

Pemandu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu juga dilihat memberi keterangan di satu lokasi berhampira­n kuil.

Kira- kira 50 pengamal media turut berada di lokasi berkenaan.

Pasukan prosiding inkues kemudian menuju ke BBP Subang Jaya bagi mendapatka­n gambaran lebih dekat tentang kejadian tersebut bag mengumpul maklumat mengenai van Emergency Medical Rescue Services (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib ketika rusuhan itu November lepas.

Pihak terlibat yang meluangkan masa kira-kira sejam turut mengumpul maklumat mengenai jentera (FRT) yang dikatakan melanggar van dinaiki Muhammad Adib.

Pasukan itu meninggalk­an BBP Subang Jaya kira-kira 12.50 tengah hari.

Prosiding inkues bersambung kira-kira jam 2.30 petang semalam di Mahkamah Koroner di sini. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? CARI BUKTI: Saksi kedua inkues, Md Elliza (tengah) menunjukka­n tempat kejadian kepada peguam ketika melawat lokasi kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 Subang Jaya di Shah Alam semalam. Md Elliza yang bertugas sebagai pemandu jentera FRT dari BBP Subang Jaya member keterangan pada prosiding hari kedua inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib.
— Gambar Bernama CARI BUKTI: Saksi kedua inkues, Md Elliza (tengah) menunjukka­n tempat kejadian kepada peguam ketika melawat lokasi kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 Subang Jaya di Shah Alam semalam. Md Elliza yang bertugas sebagai pemandu jentera FRT dari BBP Subang Jaya member keterangan pada prosiding hari kedua inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia