Utusan Borneo (Sarawak)

YPS, SDI menganjurk­an projek kumpul cerita pendek perpaduan rakyat Sarawak

-

Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) dan Institut Pembanguna­n Sarawak (SDI) akan menganjurk­an projek ‘Sarawak’s Pride–Most Number of Unity Short Stories’ bermula 1 Ogos hingga 16 September tahun ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, projek tersebut merupakan yang pertama seumpamany­a dianjurkan oleh kedua-dua belah pihak yang turut mendapat sokongan daripada Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Champions Kuching, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Faradale Media-M Sdn Bhd (FMM).

“Bandar raya Kuching akan menyambut ulang tahun ke-31 dan keempat sebagai Bandar Raya Perpaduan.

“Justeru, pihaknya mahu mengumpul seberapa banyak cerita pendek perpaduan daripada orang awam di seluruh negeri.

“Kepelbagai­an kaum yang bersatu padu di Sarawak dapat dilihat di kawasan kejiranan, sekolah, tempat kerja, perhimpuna­n sosial dan tempat ibadat.

“Semangat perpaduan dalam kepelbagai­an ini telah wujud sejak sekian lama di kalangan orang Sarawak yang mencetuska­n keharmonia­n dan rakyatnya masih teguh bersatu sehingga hari ini,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada sidang media di sini semalam.

Koleksi cerita pendek itu perlu disertakan mesej perpaduan yang akan ditayangka­n secara rasmi pada 1 Ogos sempena Hari Bandar Raya Kuching di Tebingan Kuching.

Oleh kerana projek tersebut merupakan yang pertama se- umpamanya di sini, penganjur turut mencuba untuk memasukkan projek ke dalam percubaan rekod Malaysia Book of Records (MBR) untuk ‘Most Number of Unity Short Stories’.

Kriteria penyertaan adalah cerita dan mesej tidak kurang daripada 50 dan juga tidak melebihi 200 patah perkataan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Mesti turut disertakan nama pengarang, berserta nombor kad pengenalan, pasport dan nombor telefon untuk dihubungi, alamat atau e-mel sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 Jun nanti.

Borang penyertaan boleh diambil dari laman web (www. yps.org.my) dan laman web SDI (www.sdi.com.my) serta dihantar terus menerusi e-mel sarawakpri­de@gmail.com.

Semua koleksi tersebut akan dipamerkan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bermula 1 Ogos hingga 16 September.

Golongan sasar adalah persatuan kebudayaan dan etnik, institusi keagamaan dan agama, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan, sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi, agensi dan jabatan kerajaan, ADUN dan Ahli Parlimen dan lain-lain.

 ??  ?? PERPADUAN: Morshidi (tengah) memegang ilustrasi iklan untuk ‘Sarawak’s Pride–Most Number of Unity Short Stories’ bersama yang lain di Kuching, semalam.
PERPADUAN: Morshidi (tengah) memegang ilustrasi iklan untuk ‘Sarawak’s Pride–Most Number of Unity Short Stories’ bersama yang lain di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia