Utusan Borneo (Sarawak)

18 lokasi bangunan, premis MARA akan dibina semula

-

Lapan belas lokasi bangunan dan premis lama milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti untuk dibangunka­n semula bertujuan menyediaka­n ruang niaga yang lebih kondusif.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kebanyakan bangunan dan premis milik MARA itu sudah berusia lebih 30 tahun dan memerlukan sentuhan wajah baharu mengikut perubahan zaman.

“Sebelum ini, kita lebih memberi tumpuan di kawasan Lembah Kelang. Kita rasa bangunan dan premis perlu dirobohkan, dibaik pulih dan dibina dengan konsep baharu.

“Adalah menjadi harapan kita supaya bangunan dan premis MARA ini tidak lagi dipanggil sebagai ‘old fashion’,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bazar MARA Semenyih, di sini, semalam.

Terdahulu, Rina merasmikan kursus Seni Tangan Jahitan Kreatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Balai Raya Kampung Rinching Hi- lir dan membuat lawatan ke Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Sungai Lalang.

Beliau berkata MARA giat menjalanka­n transforma­si Premis Luar Bandar di bangunan dan premis lama yang bertujuan untuk menyediaka­n ruang niaga yang lebih selesa tetapi masih mampu milik.

“Di bawah usaha itu, MARA memberi fokus kepada tiga pendekatan iaitu membina bangunan baharu di atas tanah milik MARA sedia ada; merobohkan bangunan lama dan membina semula ban- gunan baharu di tapak itu dan memberi wajah baharu kepada bangunan sedia ada,” katanya.

MARA menyasarka­n sebanyak 10,000 lot perniagaan menjelang 2050 bag membolehka­n lebih rama usahawan menerima manfaat menjalanka­n perniagaan.

Sehingga kini, MARA mempunyai pelbagai projek seluruh negara merangkumi 181 bazar 119 arked, 189 lot komersial 24 Kompleks Institut Mara dan enam Taman Industri Hala dengan 7,116 lot perniagaan di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia