Utusan Borneo (Sarawak)

Lima terkorban dalam keganasan menjelang pilihan raya di Nigeria

-

Lima orang terkorban di tenggara Nigeria semasa pertempura­n antara penyokong dua parti politik utama, menurut pihak polis pada Isnin, hanya beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum.

Mangsa tersebut, anggota parti pemerintah Kongres Seluruh Progresif ( APC), ditembak mati pada Ahad lepas dalam sebuah pangsapuri di Effurun, berhampira­n bandar minyak Warri, kata jurucakap polis negeri Delta, Andrew Aniamaka.

“Mangsa ditembak dalam satu serangan yang dipercayai untuk membalas dendam oleh suspek yang disyaki dari beberapa parti politik pembangkan­g di kawasan tersebut,” kata Aniamaka, sambil menambah mereka ditembak pada Ahad lepas apabila penyerang bersenjata menembak pangsapuri sebelum waktu tengah malam.

“Keadaan sudah kembali tenang di kawasan tersebut,” katanya, dan semua perkara telah dilakukan bagi memastikan “insiden sebegini tidak akan berlaku lagi terutama dengan hanya beberapa hari lagi sebelum pilihan raya umum”.

Pengerusi kerajaan tempatan Uvwie Ramson Onoyake turut mengesahka­n lima kematian dan menyatakan “enam orang telah ditangkap” berhubung serangan berdarah itu.

Insiden itu berlaku ekoran perbalahan terbaharu antara penyokong muda calon APC dengan penyokong calon lawan dari Parti Demokratik Rakyat (PDP).

Menurut sumber dari hospital dan penduduk tempatan yang dihubungi AFP, keganasan mengorbank­an lima orang dan mencederak­an beberapa yang lain pada hujung minggu 2-3 Februari lepas, tetapi polis masih belum mengesahka­n jumlah sebenar.

Rakyat Nigeria akan mengundi pada Sabtu ini dalam pilihan raya presiden dan parlimen.

Perebutan bagi jawatan presiden akan melihat penyandang Muhammadu Buhar cuba memenangi pengga kedua selama empat tahun lagi menentang bekas timbalan presiden Atiku Abubakar dalam pertanding­an yang dijangka sengit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia